Subscribe:

MATIKU HIDUPKU HANYA UNTUKMU YA ALLAH

Labels

Friday, September 30, 2011

Tanda-Tanda Saat Kematian




Gambar Pak Lang Khasim Hasan

Tanda-Tanda Saat Kematian

100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. LaluAllah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Sekian untuk ingatan kita bersama.

Thursday, September 22, 2011


Kepentingan Solat

Allah s.w.t telah berfirman: "Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar" .Tentu kita yang mengaku beragama Islam sudah sedia maklum tentang perkara tersebut.

Di dalam perkara sembahyang,penerimaannya oleh individu Islam umumnya terbahagi kepada 2 golongan..

Yang pertama meninggalkannya walaupun tau kewajipannya dan kedua yang melakukannya.Dikesempatan ini,suka untuk saya membincangkan tentang golongan kedua yang menerima dan melakukan ibadah tersebut.

Golongan ini juga sebenarnya boleh dibahagi kepada kepada 2.

Yang pertama diterima sembahyangnya dan yang kedua ditolak amalan sembahyangnya.Sekarang sekiranya anda individu yang sentiasa mengerjakan sembahyang,pernahkah anda memikirkan, "Adakah sembahyang aku ini diterima atau sebaliknya".Tanyalah kepada diri anda kerana hanya anda sahaja yang tahu keadaannya.Untuk mengetahui samada sembahyang kita sembahyang kita diterima atau tidak,wajiblah kita kembali kepada hadis Rasulullah yang berbunyi: "Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat".Hadis ini merupakan arahan kepada kita bahawa sebagai umat baginda,kita mestilah mengerjakan sembahyang mengikut sunnah baginda dan meninggalkan perkara-perkara yang bid'ah di dalam sembahyang.Ini kerana hanya sembahyang mengikut sunnah Rasul sahaja yang akan dapat menjadi pencegah dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Persolannya,pernahkah anda melihat bagaimana Nabi mengerjakan sembahyang?.Jawapannya tentu tidak.Hanya melalui hadis-hadis baginda yang sahih sahaja yang diriwayatkan oleh sahabat yang dapat memberikan kita ilmu tentang sembahyang baginda.Kita sebagai umatnya yang mengakui mencintai baginda mestilah melakukan sembahyang hanya mengikut sunnah baginda sahaja..

Semoga Allah memberikan taufik dan hidayahnya agar kita sama-sama dapat melakukan sembahyang yang sesuai dengan tuntunan Rasul s.a.w,amin.Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan hambanya sendiri.



Sekian,wassalam.

Tuesday, September 20, 2011


Hukum Menghadiri Majlis Yang Menghidangkan Arak.

Soalan:

Assalamualaikum,

Saya ingin tahu hukum menghadiri majlis-majlis syarikat (company events) yang telah diwajibkan ke atas setiap pekerja (contohnya Makan Malam Hari Guru atau Makan Malam Tahunan) di mana terdapat kemungkinan disediakan minuman arak untuk para hadirin yang bukan Islam.

Saya amat menghargai sebarang nasihat yang diberikan. Terima kasih.

Daripada "Favourette" (*Email asal diterima dalam bahasa Inggeris)


Jawapan:

Soalan ini telah kami salurkan kepada al-Fadhil Ustaz Hamzah Jummat dan berikut jawapan yang telah disiapkan oleh beliau, semoga Allah memberkati usahanya.

Mauqiful muslim fi waliemah syurbil khamr.

Pendirian seorang Muslim di dalam menghadiri majlis yang ada arak disajikan.


بسم الله , و الصلاة و السلام على رسول الله,  و أعوذ بالله من شر نفسي, و شر الشيطان و شركه, و أن أقترف على نفسي سوءاَ أو أجره إلى مسلم.

و بعد :
   
عن جابر مرفوعا :
(( من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يجلس على مائدة يدار عليها  الخمر ))

قال ابن حجر : و إسناده جيد.( الفتح : كتاب النكاح, باب هل يرجع إذا رأى منكراَ ...) و صححه الحاكم و وافقه الذهبي.
أخرج الحديث النسائي , و الترمذي, و أبو داود, و أحمد, و الدارمي و غيرهم. و قد صححه الألباني أيضا : ( الإرواء : 7/6 رقم 1949 )

Daripada Jaabir secara marfuu’:

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka janganlah ia duduk di suatu hidangan yang ada dihidangkan arak”

Kata Ibn Hajar: Isnaadnya jaiyid (Fathul Baari: Kitaab An-Nikaah Bab: Adakah wajar ia pulang tidak duduk dalam majlis yang dilihatnya ada kemungkaran…) Dihukumkan shohih oleh Al-Haakim dan disetujui oleh Adz-Dzahabi.
Hadits ini dikeluarkan juga oleh An-Nasaa-i, At-Tirmidzi, Abu Dawud, Ahmad, Ad-Daarimiy dan lainnya. Dihukumkan shohih oleh Al-Albaaniy (Al-Irwaa: 6/7 no: 1949)

Jelas hadits ini mengharamkan duduk semeja dimana minuman keras diedarkan. Tidak dibezakan siapa peminumnya, muslim atau kafir, tidak juga dibezakan apakah acaranya.

Apa kata pensyarah hadits :

(( فلا يجلس على مائدة يدار عليها الخمر))  يعني وإن لم يشرب معهم كأنه تقرير على منكر ( تحفة الأحوذي بشرح جامع الترمذي 8/69 ) 
   
“Maka janganlah ia duduk di suatu hidangan yang ada dihidangkan arak”
yakni walaupun dirinya sendiri tidak meminumnya bersama mereka sebab ia seolah-olah setuju dengan sesuatu yang mungkar (Tuhfatul Ahwadzi syarah Jaami’ Tirmidzi: 8/69)


Apa kata fuqaha :

Di Raudhah Tolibin 7/334-355 Imam Nawawy rahimahullah menyebutkan antara syarat2 wajib menyahut jemputan walimah :

     ومنها أن لا يكون هناك منكر كشرب الخمر والملاهي . فان كان هناك منكر نظر: إن

Di antaranya: Tidak boleh ada di dalamnya suatu kemungkaran seperti peminuman arak dan perkara-perkara yang melekakan atau melalaikan (hiburan). Jika ada sesuatu kemungkaran maka hendaklah ia membuat penilaian:

 كان الشخص ممن إذا حضر رفع المنكر فليحضر إجابة للدعوة وإزالة للمنكر وإلا فوجهان :

Jika ia seorang yang bilamana ia hadir di dalamnya akan terhenti kemungkaran maka ia hadiri majlis tersebut demi menyahut undangan dan untuk ia melenyapkan kemungkaran tersebut, jika tidak demikian, maka ada dua pandangan:

    أحدهما: الاولى أن لا يحضر, ويجوز أن يحضر ولا يستمع وينكر بقلبه, كما لو كان
يضرب المنكر في جواره فلا يلزمه التحول وإن لغه الصوت وعلى هذا جرى العراقيون .

Pertama: yang utama Ia tidak menghadirinya, harus pula baginya untuk hadir sedang ia tidak mendengarkan kemungkaran tersebut dan ia mengingkarinya (merubah kemungkaran) dengan hatinya sebagaimana kalau kemungkaran itu berlaku di sekitaran/kejiranannya, maka ia tidak dimestikan untuk berpindah walaupun ia mendengar bunyi kemungkaran tersebut. Ini adalah pandangan Golongan ‘Iraaqiyuun, (Fuqahaa Iraq).

     والثاني:  وهو الصحيح, يحرم الحضور لانه كالرضى بالمنكر وإقراره.

Kedua: yang shohih/tepat: Haram ke atasnya untuk menghadirinya sebab ia seperti redha dengan kemungkaran dan menyetujuinya.

      قلت: الوجه الاول غلط ولا يثبت عن كل العراقيين وإنما قاله بعضهم وهو خطأ, ولا يغتر بجلالة صاحب التنبيه ونحوه ممن ذكره, والله أعلم.  فاذا قلنا بالثاني فلم يعلم حتى حضر نهاهم فان لم ينتهوا فليخرج .  وفي جواز القعود وجهان:    قلت: أصحهما التحريم  والله أعلم.      فإن لم يمكنه الخروج بأن كان في الليل ويخاف من الخروج قعد كارها ولا يستمع.

Komentar ku (An-Nawawi): Pandangan yang pertama adalah pandangan yang keliru dan ia tidak tsabit dari semua Ahli Fiqh Iraq, malah sebenarnya hanya sebahgian dari kalangan mereka yang berpendapat demikian dan ia adalah pendapat yang silap dan usahlah dihiraukan tentang kedudukan tinggi orang yang menyatakan demikian atau yang seumpamanya dari kalangan mereka yang telah menyebutkannya, Wallahu a’lam. Jika kita mengambil pendapat yang kedua dan ia tidak tahu adanya kemungkaran tersebut kecuali sehinggalah ia menghadirinya, hendaklah ia menegah mereka dan jika mereka tidak memberhentikan kemungkaran itu maka hendaklah ia keluar (meninggalkan majlis tersebut). Manakala persoalan “Haruskah ia duduk terus?” Maka ada 2 pandangan juga. 

Menurut pendapatku: Yang lebih tepat ialah Haram (ia duduk terus) Wallahu a’lam. Jika tiada kemampuannya untuk keluar dari majlis itu, contohnya kerana telah larut malam (perjalanan pulang merbahaya yang memudaratkan nyawanya) dan ia takut untuk keluar maka ia duduk sedang ia terpaksa dan membencinya serta tidak mendengarkannya (kemungkaran tersebut)


 

Mughni 7/214-215 oleh Ibnu Qudamah rahimahullah

فصل: إذا دعي إلى وليمة فيها معصية كالخمر والزمر العود ونحوه وأمكنه الإنكار وإزالة المنكر لزمه الحضور والإنكار لأنه يؤدي فرضين إجابة أخيه المسلم وإزالة المنكر,  وإن لم يقدر على الإنكار لم يحضر. إن لم يعلم بالمنكر حتى حضر أزاله فإن لم يقدر انصرف ونحو هذا قال
الشافعي.

Fasal: Jika ia diundang ke waliemah (majlis jamuan) yang terdapat padanya maksiat seperti arak, alat-alat musik dan gendangan dan ia mampu untuk mengingkarinya serta melenyapkannya, maka menjadi kemestian untuk ia menghadirinya dan mengingkari (maksiat itu) sebab dengan itu ia melaksanakan 2 kewajipan/fardhu: menyahut undangan saudara Islamnya dan melenyapkan kemungkaran. Jika ia tidak mampu untuk mengingkarinya maka ia tidak menghadirinya. Tapi jika ia tidak tahu adanya kemungkaran kecuali setelah ia menghadirinya, hendaklah ia melenyapkan maksiat itu dan jika tidak mampu ia beredar pergi dan seumpama inilah yang telah dinyatakan oleh Asy-Syaafi’ee.  

 وقال مالك أما اللهو الخفيف كالدف والكير فلا يرجع. وقاله ابن القاسم. وقال أصبغ أرى أن يرجع .

Kata Maalik pula: Jika perkara hiburan itu tidak berat seperti “Duff” (kompang tanpa leloceng) dan paluan besi maka ia tidak perlu beredar pulang. Ibn Al-Qaasim yang mengatakan demikian dan kata Ashbagh pula: Menurut pendapat ku, hendaklah ia pulang. 
وقال أبو حنيفة: إذا وجد اللعب فلا بأس أن يباع فيأكل.

Kata Abu Haniefah: Jika ia dapati ada permainan maka tiada salahnya ia dijual maka ia pun makan.

وقال محمد بن الحسن:  إن كان ممن يقتدى به فأحب إلي أن يخرج.

Kata Muhammad bin Al-Hasan: Jika ia seorang yang dijadikan ikutan orang (contoh) maka aku lebih suka jika ia keluar (dari majlis itu).

وقال الليث: إذا كان فيها الضرب بالعود فلا ينبغي له أن يشهدها.

Kata Al-Laits: Jika ada padanya paluan dengan kayu-kayuan maka tidak selayaknya ia menyaksikannya/menghadirinya.

Jika walimah kahwin yang asal hukumnya wajib menghadhirinya diharamkan jika ada kemunkaran, bagaimana dengan majlis2 lain ?

SOLAT JAMAK DAN QASAR UNTUK ORANG MUSAFIR



Bagi orang musafir, Qasar atau menyingkatkan sembahyang, maka telah diberikan kemudahan pada salah satu dari sembahyang-sembahyang yang berikut, iaitu: (1) Zohor, (2) Asar dan (3) Isya’ dengan melakukan hanya dua rakaat saja (ganti empat).
Dalam menentukan keadaannya sebagai seorang musafir, dikira dari ia meninggalkan bangunan-bangunan negeri tersebut.
Adapun Jamak atau menghimpunkan sembahyang, maka ia berlaku antara sembahyang-sembahyang zohor dan asar dalam salah satu waktu-waktu; keduanya, juga maghrib dan isya’ dalam salah satu waktu-waktu keduanya.

[Jamak bila didahulukan sembahyang yang empunya waktu dinamakan Jamak Taqdim iaitu asar atau isya’ ditunaikan dalam waktu zohor atau maghrib. Dan bila dikemudiankan dinamakan Jamak Ta’khir iaitu zohor atau maghrib ditunaikan dalam waktu asar atau isya’. Masing-masing ada syarat-syaratnya yang tertentu – pent.]
Kemudahan ini diberikan dalam pelayaran yang panjang (jauh) dan mubah (tidak haram). Melakukan jamak dalam pelayaran yang dekat, ada dua pendapat antara para alim ulama; ada yang membolehkan dan ada yang tidak membolehkan.
Andaikata seorang musafir itu menghimpunkan sembahyang zohor dan asar dalam waktu zohor, yakni Jamak Taqdim, maka hendaklah ia meniatkan menghimpunkan antara zohor dan asar dalam sembahyang yang pertama (zohor) sebelum ia selesai (memberi salam) sembahyang zohor.
[Maksud niat jamak itu, mestilah ditunaikan bermula dari berniat untuk bersembahyang zohor dan seterusnya, sehingga sebelum ia bersalam dari sembahyang zohor, niat jamak itu mesti diniatkan dalam hatinya. Sesudah salam tidak boleh berniat lagi, dan jika tiada berniat tidak boleh pula menghimpunkan (jamak) sembahyang-sembahyang itu, bahkan asar mestilah ditunaikan dalam masanya – pent.]
Untuk sembahyang zohornya ia berazan dan beriqamat. Sehabis menyelesaikan sembahyang zohor dan ketika hendak bersembahyang asar, dia hanya beriqamat saja (tanpa azan lagi).
Jika ia mengemudiankan zohor kepada waktu asar, maka caranya samalah seperti cara ia mendahulukan asar kepada zohor. Hanya perbezaannya ialah bahawa berniat untuk menjamak itu hendaklah diniatkan pada waktu yang pertama.

KELONGGARAN DALAM SOLAT SUNAT 

ORANG MUSAFIR



Dalam mendirikan sembahyang-sembahyang sunnat pula, telah diberikan kemudahan untuk mengerjakannya, meskipun di atas binatang tunggangan, supaya penunaiannya tiada tergendala disebabkan pelayaran itu.
Rasulullah s.a.w. sendiri pernah bersembahyang sunnat di atas binatang tunggangannya, tidak kira ke arah mana saja binatang itu menuju. Baginda pernah juga bersembahyang witir ketika berada di atas binatang tunggangannya.
Orang yang bersembahyang di atas binatang tunggangganya tidak perlu turun untuk ruku’ dan sujud, malah memadailah ia menundukkan kepala saja, dan tunduknya kerana sujud biarlah lebih rendah dari tunduk kerana ruku’.

Adapun tentang menghadap kiblat dalam sembahyang-sembahyang yang tersebut, maka hukumnya tidaklah wajib, tidak ada permulaan sembahyang ataupun pada seluruh sembahyangnya, tetapi hendaklah arah tujuan perjalanannya menggantikan kiblat. Tegasnya hendaklah seluruh sembahyangnya sama ada berhadapan arah ke kiblat ataupun berhadapan arah tujuan perjalanannya agar sembahyang itu menghadap satu arah yang tertentu.
Bagi musafir yang berjalan kaki, diberikan kemudahan untuk bersembahyang sunnat sewaktu berjalan kaki. Dan bila sampai waktu ruku’ dan sujud, hendaklah ia menundukkan kepala dan tidak perlu duduk lagi untuk bertasyahhud. Hukumnya di dalam hal ini, samalah seperti hukum orang yang bersembahyang ketika menunggang binatang. Hanya satu perkara yang mesti dilakukan berhadapan ke arah kiblat, iaitu ketika mengihramkan sembahyang (takbiratul ihram).
Seterusnya bagi orang yang melarikan diri dari musuh, atau takut kerana diserang binatang buas, atau dilanda banjir besar boleh ia menunaikan sembahyang fardhunya ketika dalam keadaan menunggang binatang, ataupun ketika sedang berjalan kaki, dan cara-caranya sama seperti yang telah dibentangkan di atas dalam perkara menunaikan sembahyang-sembahyang sunnat.

Monday, September 19, 2011


Cukup Dahsyat Tapi Sudah Sedarkah

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Tidak dinafikan, sudah diketahui umum, syirik adalah dosa terbesar di dalam Islam. Ia disebutkan dengan jelas dari ayat
إِنَّ اللَّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاء
Ertinya : Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan barangsiapa yang mensyirikkannya, dan (Allah) akan boleh mengampunkan dosa-dosa yang lebih rendah dari syirik."
Namun, setelah memikirkan berkali-kali baris-baris ayat di bawah, saya tidak boleh menunggu lagi kecuali mesti dengan segera mengebahkannya kepada sekalian umat berkenaan betapa dahsyatnya hukuman bagi kesalahan ini.
الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُواْ إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَاءهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىَ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Ertinya : Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. ( Al-Baqarah : 275 )
Itulah kengerian hukuman Allah swt terhadap satu dosa selain syirik. Itulah pengamal riba setelah pengharamannya.
Cuba kita sama-sama petikan penutup ayat di atas
وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Ertinya : Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya
Imam Ibn Kathir ketika mentafsirkan lafaz ini menyebut :-
ومن عاد أي إلى الربا ففعله بعد بلوغه نهى الله عنه فقد استوجب العقوبة
Ertinya : Lafaz "barangsiapa mengulangi" ertinya kembali terlibat dengan riba hingga terjebak dalamnya walalupun setelah datangnya hukum larangan Allah darinya, hasilnya wajiblah bagi mereka hukuman keras" (Tafsir Al-Quran Al-‘Azim, 1/328)
Berdasarkan dalil-dalil hadis, para ulama membuat kesimpulan bahawa setiap umat Islam yang mengucap dua kalimah shahadah, sebanyak manapun dosa yang dilakukan di atas dunia, mereka akan dihumbankan ke dalam neraka, terkurung didalamnya untuk satu tempoh yang layak bagi dosa mereka, kemudian mereka akan dikeluarkan darinya dengan syafaat Nabi Muhammad s.a.w dalam keadaan mati, kemudian ditempatkan di dalam sungai kehidupan, lalu hiduplah kembali. Semua ini dicatatkan dalam hadis. (Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 3/36 )
Selanjutnya Imam An-Nawawi mengulas terdapat lima jenis syafaat yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w di akhirat kelak iaitu ( Syarah Sohih Muslim, 3/36) :-
1) Memberi tenang dan rehat dari hiruk pikuk mahsyar dan menyegerakan seseorang untuk masuk ke Syurga. Syafaat ini khusus untuk Nabi Muhammad s.a.w.
2) Memasukkan seseorang ke Syurga tanpa hisab, peruntukan syafaat ini juga terdapat untuk Nabi Muhammad s.a.w.
3) Kaum yang wajib dihumban di neraka boleh diselamatkan oleh Nabi s.a.w
4) Mengeluarkan kaum yang sedang diazab di neraka untuk kembali ke Syurga kecuali bagi mereka yang mati dalam keadaan kafir.
5) Peningkatan darjat di syurga agar mendapat tahap syurga yang lebih baik.
Sedarkah ?!
Namun sedarkah kita dan mereka di sekeliling kita, keluarga, rakan dan lainnya bahawa, berterusan dalam dosa riba boleh menyebabkan seseorang itu dianggap menghalalkan riba setelah pengharamannya lalu jatuh kafir mereka itu, tatkala itu matinya mereka adalah dengan hati kekafiran hingga terkeluar dari senarai mereka yang boleh mendapat syafaat nabi Muhammad s.a.w.
Berhati-hatilah dan amat wajib bagi semua muslim yang meyakini ada maut untuk menjauhi riba. Kita amat bimbang, ketidakpedulian itu adalah merupakan satu keingkaran terhadap hukum haramnya. Seterusnya boleh mejatuhkan seseorang dalam kekafiran tanpa sedar hingga melayakkan seseorang itu kekal di neraka. Nabi juga tidak mempunyai peruntukan untuk memberi bantuan (syafaat) kepada golongan sebegitu. Moga kita semua dipelihara oleh Allah swt.
Inilah yang diulas oleh Imam Fakhruddin Ar-razi apabila beliau menghurauikan maksud ‘orang yang kembali' dalam ayat di atas sebagai :-
فالمعنى ومن عاد إلى استحلال الربا حتى يصير كافراً
Ertinya : erti ayat "barangsiapa yang kembali" (di atas, adalah bermakna mereka kembali menghalalkan riba sehingga mereka itu jadi kafir. ( Tafsir Al-Kabir, 7/82)
Akhirnya, alasan sibuk, malas, belum sampai seru, nanti dan pelabagi pagi alasan orang di zaman ini dari berubah dari pinjaman rumah riba, kereta riba, kad kredit riba, akaun simpanan riba, insuran riba, skim riba, pelaburan riba, mahal sikit la, leceh proses, belum ada masa dan pelbagai lagi TIDAK WAJAR SAMA SEKALI wujud dalam hati individu yang bernama MUKMIN MUSLIM.
Itu pun jika ingin selamat diakhirat, jika tidak..tunggulah bila waktunya tiba.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...