Subscribe:

MATIKU HIDUPKU HANYA UNTUKMU YA ALLAH

Labels

Tuesday, September 20, 2011


Hukum Menghadiri Majlis Yang Menghidangkan Arak.

Soalan:

Assalamualaikum,

Saya ingin tahu hukum menghadiri majlis-majlis syarikat (company events) yang telah diwajibkan ke atas setiap pekerja (contohnya Makan Malam Hari Guru atau Makan Malam Tahunan) di mana terdapat kemungkinan disediakan minuman arak untuk para hadirin yang bukan Islam.

Saya amat menghargai sebarang nasihat yang diberikan. Terima kasih.

Daripada "Favourette" (*Email asal diterima dalam bahasa Inggeris)


Jawapan:

Soalan ini telah kami salurkan kepada al-Fadhil Ustaz Hamzah Jummat dan berikut jawapan yang telah disiapkan oleh beliau, semoga Allah memberkati usahanya.

Mauqiful muslim fi waliemah syurbil khamr.

Pendirian seorang Muslim di dalam menghadiri majlis yang ada arak disajikan.


بسم الله , و الصلاة و السلام على رسول الله,  و أعوذ بالله من شر نفسي, و شر الشيطان و شركه, و أن أقترف على نفسي سوءاَ أو أجره إلى مسلم.

و بعد :
   
عن جابر مرفوعا :
(( من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يجلس على مائدة يدار عليها  الخمر ))

قال ابن حجر : و إسناده جيد.( الفتح : كتاب النكاح, باب هل يرجع إذا رأى منكراَ ...) و صححه الحاكم و وافقه الذهبي.
أخرج الحديث النسائي , و الترمذي, و أبو داود, و أحمد, و الدارمي و غيرهم. و قد صححه الألباني أيضا : ( الإرواء : 7/6 رقم 1949 )

Daripada Jaabir secara marfuu’:

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka janganlah ia duduk di suatu hidangan yang ada dihidangkan arak”

Kata Ibn Hajar: Isnaadnya jaiyid (Fathul Baari: Kitaab An-Nikaah Bab: Adakah wajar ia pulang tidak duduk dalam majlis yang dilihatnya ada kemungkaran…) Dihukumkan shohih oleh Al-Haakim dan disetujui oleh Adz-Dzahabi.
Hadits ini dikeluarkan juga oleh An-Nasaa-i, At-Tirmidzi, Abu Dawud, Ahmad, Ad-Daarimiy dan lainnya. Dihukumkan shohih oleh Al-Albaaniy (Al-Irwaa: 6/7 no: 1949)

Jelas hadits ini mengharamkan duduk semeja dimana minuman keras diedarkan. Tidak dibezakan siapa peminumnya, muslim atau kafir, tidak juga dibezakan apakah acaranya.

Apa kata pensyarah hadits :

(( فلا يجلس على مائدة يدار عليها الخمر))  يعني وإن لم يشرب معهم كأنه تقرير على منكر ( تحفة الأحوذي بشرح جامع الترمذي 8/69 ) 
   
“Maka janganlah ia duduk di suatu hidangan yang ada dihidangkan arak”
yakni walaupun dirinya sendiri tidak meminumnya bersama mereka sebab ia seolah-olah setuju dengan sesuatu yang mungkar (Tuhfatul Ahwadzi syarah Jaami’ Tirmidzi: 8/69)


Apa kata fuqaha :

Di Raudhah Tolibin 7/334-355 Imam Nawawy rahimahullah menyebutkan antara syarat2 wajib menyahut jemputan walimah :

     ومنها أن لا يكون هناك منكر كشرب الخمر والملاهي . فان كان هناك منكر نظر: إن

Di antaranya: Tidak boleh ada di dalamnya suatu kemungkaran seperti peminuman arak dan perkara-perkara yang melekakan atau melalaikan (hiburan). Jika ada sesuatu kemungkaran maka hendaklah ia membuat penilaian:

 كان الشخص ممن إذا حضر رفع المنكر فليحضر إجابة للدعوة وإزالة للمنكر وإلا فوجهان :

Jika ia seorang yang bilamana ia hadir di dalamnya akan terhenti kemungkaran maka ia hadiri majlis tersebut demi menyahut undangan dan untuk ia melenyapkan kemungkaran tersebut, jika tidak demikian, maka ada dua pandangan:

    أحدهما: الاولى أن لا يحضر, ويجوز أن يحضر ولا يستمع وينكر بقلبه, كما لو كان
يضرب المنكر في جواره فلا يلزمه التحول وإن لغه الصوت وعلى هذا جرى العراقيون .

Pertama: yang utama Ia tidak menghadirinya, harus pula baginya untuk hadir sedang ia tidak mendengarkan kemungkaran tersebut dan ia mengingkarinya (merubah kemungkaran) dengan hatinya sebagaimana kalau kemungkaran itu berlaku di sekitaran/kejiranannya, maka ia tidak dimestikan untuk berpindah walaupun ia mendengar bunyi kemungkaran tersebut. Ini adalah pandangan Golongan ‘Iraaqiyuun, (Fuqahaa Iraq).

     والثاني:  وهو الصحيح, يحرم الحضور لانه كالرضى بالمنكر وإقراره.

Kedua: yang shohih/tepat: Haram ke atasnya untuk menghadirinya sebab ia seperti redha dengan kemungkaran dan menyetujuinya.

      قلت: الوجه الاول غلط ولا يثبت عن كل العراقيين وإنما قاله بعضهم وهو خطأ, ولا يغتر بجلالة صاحب التنبيه ونحوه ممن ذكره, والله أعلم.  فاذا قلنا بالثاني فلم يعلم حتى حضر نهاهم فان لم ينتهوا فليخرج .  وفي جواز القعود وجهان:    قلت: أصحهما التحريم  والله أعلم.      فإن لم يمكنه الخروج بأن كان في الليل ويخاف من الخروج قعد كارها ولا يستمع.

Komentar ku (An-Nawawi): Pandangan yang pertama adalah pandangan yang keliru dan ia tidak tsabit dari semua Ahli Fiqh Iraq, malah sebenarnya hanya sebahgian dari kalangan mereka yang berpendapat demikian dan ia adalah pendapat yang silap dan usahlah dihiraukan tentang kedudukan tinggi orang yang menyatakan demikian atau yang seumpamanya dari kalangan mereka yang telah menyebutkannya, Wallahu a’lam. Jika kita mengambil pendapat yang kedua dan ia tidak tahu adanya kemungkaran tersebut kecuali sehinggalah ia menghadirinya, hendaklah ia menegah mereka dan jika mereka tidak memberhentikan kemungkaran itu maka hendaklah ia keluar (meninggalkan majlis tersebut). Manakala persoalan “Haruskah ia duduk terus?” Maka ada 2 pandangan juga. 

Menurut pendapatku: Yang lebih tepat ialah Haram (ia duduk terus) Wallahu a’lam. Jika tiada kemampuannya untuk keluar dari majlis itu, contohnya kerana telah larut malam (perjalanan pulang merbahaya yang memudaratkan nyawanya) dan ia takut untuk keluar maka ia duduk sedang ia terpaksa dan membencinya serta tidak mendengarkannya (kemungkaran tersebut)


 

Mughni 7/214-215 oleh Ibnu Qudamah rahimahullah

فصل: إذا دعي إلى وليمة فيها معصية كالخمر والزمر العود ونحوه وأمكنه الإنكار وإزالة المنكر لزمه الحضور والإنكار لأنه يؤدي فرضين إجابة أخيه المسلم وإزالة المنكر,  وإن لم يقدر على الإنكار لم يحضر. إن لم يعلم بالمنكر حتى حضر أزاله فإن لم يقدر انصرف ونحو هذا قال
الشافعي.

Fasal: Jika ia diundang ke waliemah (majlis jamuan) yang terdapat padanya maksiat seperti arak, alat-alat musik dan gendangan dan ia mampu untuk mengingkarinya serta melenyapkannya, maka menjadi kemestian untuk ia menghadirinya dan mengingkari (maksiat itu) sebab dengan itu ia melaksanakan 2 kewajipan/fardhu: menyahut undangan saudara Islamnya dan melenyapkan kemungkaran. Jika ia tidak mampu untuk mengingkarinya maka ia tidak menghadirinya. Tapi jika ia tidak tahu adanya kemungkaran kecuali setelah ia menghadirinya, hendaklah ia melenyapkan maksiat itu dan jika tidak mampu ia beredar pergi dan seumpama inilah yang telah dinyatakan oleh Asy-Syaafi’ee.  

 وقال مالك أما اللهو الخفيف كالدف والكير فلا يرجع. وقاله ابن القاسم. وقال أصبغ أرى أن يرجع .

Kata Maalik pula: Jika perkara hiburan itu tidak berat seperti “Duff” (kompang tanpa leloceng) dan paluan besi maka ia tidak perlu beredar pulang. Ibn Al-Qaasim yang mengatakan demikian dan kata Ashbagh pula: Menurut pendapat ku, hendaklah ia pulang. 
وقال أبو حنيفة: إذا وجد اللعب فلا بأس أن يباع فيأكل.

Kata Abu Haniefah: Jika ia dapati ada permainan maka tiada salahnya ia dijual maka ia pun makan.

وقال محمد بن الحسن:  إن كان ممن يقتدى به فأحب إلي أن يخرج.

Kata Muhammad bin Al-Hasan: Jika ia seorang yang dijadikan ikutan orang (contoh) maka aku lebih suka jika ia keluar (dari majlis itu).

وقال الليث: إذا كان فيها الضرب بالعود فلا ينبغي له أن يشهدها.

Kata Al-Laits: Jika ada padanya paluan dengan kayu-kayuan maka tidak selayaknya ia menyaksikannya/menghadirinya.

Jika walimah kahwin yang asal hukumnya wajib menghadhirinya diharamkan jika ada kemunkaran, bagaimana dengan majlis2 lain ?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...