Misteri Segitiga Bermuda
Sebenarnya tempat misteri ini bukanlah berbentuk segitiga, tetapi disebabkan oleh batas-batas daripada petunjuk kapal-kapal atau pesawat terbang yang hilang lebih daripada bentuk segitiga itu sendiri. Segitiga itupun hanyalah merupakan sebuah imaginasi sahaja.
Apabila kita ambil peta, kita buka di bahagian Amerika Tengah, di sana terdapat banyak kepulauan Hindia Barat. Untuk mengetahui bagaimana bentuk dari Segitiga Bermuda itu, kita tarik garis dari kota Miami ke kota San Juan di Puerto Rico; dari San Juan ke pulau Bermuda; dan kembali ke Miami di daerah Florida, Amerika. Meskipun sebenarnya misteri Segitiga Bermuda ini “milik” orang Amerika, tak mengapalah kita turut memperbincangkannya. Sebenarnya tempat yang seakan segitiga bermuda ini juga terdapat di kawasan lain seperti di sebuah danau yang bernama Ontario, bahkan lebih “mengerikan” dari Segitiga Bermuda.
Daripada pelbagai kesimpulan, jarum kompas dan peralatan pesawat yang hilang itu didapati selalu terjadi gangguan teknikal apabila melalui kawasan berkenaan. Disimpulkan, di dasar laut sana terdapat sebuah medan magnetik yang kuat, yang mampu mengganggu kompas atau menarik kapal itu sampai ke dasar laut.
Tidak cukup apabila menghuraikan seluruh peristiwa dan itu juga sebenarnya tidak menjurus pada jalan penyelesaian. Pelbagai teori serta andaian mengenai Segitiga Bermuda dibuat. Mungkin di ruang udaranya terdapat gangguan atmosfera yang berupa “lubang di langit”. Kemungkinan pesawat-pesawat udara telah masuk ke dalamnya serta hilang tanpa dapat dikesan. Daripada misteri "Lubang di Langit" ini ia telah pula membentuk sebuah lagi teori tentang adanya seakan perhubungan antara dunia ini dengan dimensi lain. Lubang di Langit tersebut dianggap semacam alat perhubungan seperti di dalam filem Star Trek. Ataukah Lubang di Langit itu UFO? Ramai orang sering mengaitkan kehilangan sesebuah pesawat dengan munculnya UFO. Malah hasilnya hanya memperbanyakkan lagi persoalan tanpa ada sebarang jawapannya.
Terdapat sebuah tempat di Segitiga Bermuda yang disebut Tongue of the Ocean atau “Lidah Lautan”. Lidah Lautan ini mempunyai jurang bawah laut (canyon) di Bahama. Banyak yang belum diketahui tentang misteri Segitiga Bermuda. Ada orang mengaitkankan juga dengan misteri Segitiga Bermuda ini dengan misteri lainnya. Misalnya misteri Naga Laut yang pernah muncul di Tanjung Ann, Massachussets AS, pada bulan Ogos 1917. Mungkinkah naga laut ini banyak meminta korban ? Ataukah arus Cromwell di Lautan Pasifik yang menyebabkan wujudnya gelombang lautan di situ atau angin taufan, gempa bumi di dasar lautan? Tak ada siapa yang tahu.
Kononnya di sekitar kepulauan Bahama terdapat blue hole iaitu seakan sebuah gua lautan. Dahulu gua ini sememangnya sungguh wujud, tetapi setelah zaman ais berlalu, gua ini terendam. Arus didalamnya sangat kuat dan sering terjadi pusaran yang berdaya besar. Banyak kapal-kapal kecil atau manusia yang disedut ke dalam blue hole itu, dan yang anehnya kapal-kapal kecil itu akan muncul kembali ke permukaan laut selang beberapa lama. Tapi yang menimbulkan pertanyaan ialah: Mungkinkah Blue Hole ini mampu menelan kapal besar ke dasar lautan?
Misteri lain yang masih belum terungkap adalah misteri Makhluk Laut Sargasso, yang bukan semata-mata khayalan. Di Lautan Sargasso itu terdapat banyak kapal yang tidak pernah sampai ke tujuannya dan terkubur di dasar laut itu. Di sana terhimpun kapal-kapal daripada pelbagai zaman, harta karun, mayat tulang belulang manusia. Luas Laut Misteri Sargasso ini adalah 3650 km panjang dan lebarnya 1825 km, dan di sekelilingnya mengalir pula arus yang kuat sekali, sehingga membentuk pusaran yang sangat luas yang berputar perlahan-lahan mengikut arah jam. Didasar lautnya terdapat pergunungan yang banyak dan mempunyai tebing dan ngarai yang terjal.
Segitiga Bermuda memang menarik, serta ianya juga menakutkan. Konon perairan Karibia merupakan tempat yang banyak menyimpan kejadian-kejadian yang aneh, seperti cahaya-cahaya yang tidak jelas asal-usulnya, bayangan-bayangan yang menakutkan, yang keluar masuk permukaan laut, bentuknya tidak jelas tapi lebih besar daripada ikan paus. Bentuknya seperti obor-obor raksasa dengan warna kulit keputihan dan pernah dilihat oleh dua orang saksi (jadi bukan halusinasi??).
“Obor-obor raksasa” tersebut seperti mampu mengganggu jarum kompas dan menyerap tenaga fizik. Mungkin “obor-obor raksasa” itu bukanlah binatang, melainkan pangkalan UFO yang dapat keluar masuk dari dalam laut. Keanehan lainnya pula terdapat di pulau Puerto Rico. Suatu pancaran air raksasa yang membentuk cendawan. Lautan itu mempunyai kedalaman sehingga 10 km. Kejadian ini sempat dilihat oleh anak kapal pesawat Boeing 707 pada 11 April 1963. Menurut mereka cendawan air itu mempunyai garisan tengah selebar 900-1800 meter dengan ketinggian separuh daripadanya. Mungkin itu adalah percubaan bom nuklear Amerika atau negara lain? Tetapi pihak Amerika tidak membenarkan sebarang percubaan bom nuklear kerana di sana adalah ruang penerbangan. Mungkin ledakan itu berasal dari kapal selam nuklear Thresher yang hilang sehari sebelumnya, tapi lokasi hilangnya kapal selam itu ribuan km dari sana.
Ada sebuah kawasan di perairan Boca Raton yang di sana terdapat sebuah paip yang bergaris tengah 20cm. Ia jelas bukan milik Amerik. Peristiwa ini dilihat oleh pasangan suami isteri Lloyd Wingfields. Mereka terlihat sebuah tiang asap disana, dan ketika itu kelihatan sebuah paip muncul dari dasar laut yang mengeluarkan asap. Asap tersebut tidak mengeluarkan bau dan ianya berwarna kekuning-kuningan. Mungkinkah paip itu disambungkan dari sumber api di dasar laut? Pangkalan UFO di dasar lautkah yang menyebabkannya?
Apatah laut itu sebenarnya cukup dalam, sehingga mereka tidak berani menyelam untuk melihat lebih dekat. Mereka juga melihat sebuah helikopter mengalami kerosakan engin dan berusaha mendarat cemas di laut.
Melihat kenyataan-kenyataan dan bukti-bukti yang ada, timbullah pelbagai teori yang mungkin bercanggah di antara satu sama lain. Teori-teori yang pernah dikemukakan untuk membuka misteri kehilangan kapal serta pasawat di situ ialah:
Adanya bahaya alam/gempa yang dapat menarik kapal ke dasar laut.
Adanya bermacam-macam arus yang berkumpul di daerah Segitiga Bermuda itu, sehinggakan mungkin sahaja arus bawah tiba-tiba berubah ke permukaan dan menyebabkan pusaran air.
Ditemuinya Blue Hole, tapi masih diragukan, kerana kapal yang besar seperti tanker/kapal induk tak mungkin mampu disedut oleh Blue Hole.
Terjadi gempa yang menyebabkan tanah retak besar dan air membentuk pusaran dan menyedut segala objek ke dalamnya.
Adanya puting beliung atau pusaran angin yang dapat menyebabkan hancurnya sebuah pesawat terbang kerana terhempas.
Ulasan lain, di daerah Kutub Selatan terdapat sebuah lubang besar yang menghubungkan dunia luar dengan dunia lain (entah benar atau tidak). Pernah ada orang bernama Admiral Bryd, melihat dari kapal terbang ke Barat di kutub selatan sebelah darat menghijau dengan danau yang tidak membeku dan binatang liar mirip bison dan melihat seperti manusia-manusia purba. Sebagai seorang ilmuan, Bryd melaporkan peristiwa itu, tetapi tiada seorangpun yang mempercayainya.
Pernahkah anda mendengar kisah alien abduction yang dialami oleh Herbert Schirmer yang mempunyai pangkalan di pantai Florida (Segitiga Bermuda) dan salah satu kutub di bumi? Mungkinkah tempat itu merupakan pangkalan UFO yang bertujuan jahat?
Apakah pesawat dan kapal yang hilang di segitiga bermuda "ditransfer" ke dimensi lain? Adakah hubungan segitiga bermuda dengan Atlantis? Adakah hubungan dengan "chupacabra" yang dijumpai di Puerto Rico (dekat Segitiga Bermuda)? Dan yang unik sekali adalah segitiga bermuda cukup berdekatan dengan tempat pelancaran roket NASA ke angkasa (Florida).
Cerit-cerita berkaitan Segitiga Bermuda sebenarnya banyak yang telah disensasikan seolah-olah tiada sebuah kapal pun yang melalui di kawasan itu. Namun hakikatnya kawasan itu juga sebenarnya adalah antara laluan utama kapal-kapal laut dan udara. Kes-kes aneh bukanlah terjadi setiap kali terdapat kapal melalui kawasan berkenaan. Maka tidak hairanlah jika terdapat tokok tambah cerita yang memperlihatkan seolah-olah wilayah itu sangat misteri dan ditakuti. Sama²lah terus mengkaji untuk mengetahui kebenaran sebenarnya berkenaan Misteri Segitiga Bermuda ini.
0 comments:
Post a Comment