Kepentingan Solat
Allah s.w.t telah berfirman: "Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar" .Tentu kita yang mengaku beragama Islam sudah sedia maklum tentang perkara tersebut.
Di dalam perkara sembahyang,penerimaannya oleh individu Islam umumnya terbahagi kepada 2 golongan..
Yang pertama meninggalkannya walaupun tau kewajipannya dan kedua yang melakukannya.Dikesempatan ini,suka untuk saya membincangkan tentang golongan kedua yang menerima dan melakukan ibadah tersebut.
Golongan ini juga sebenarnya boleh dibahagi kepada kepada 2.
Yang pertama diterima sembahyangnya dan yang kedua ditolak amalan sembahyangnya.Sekarang sekiranya anda individu yang sentiasa mengerjakan sembahyang,pernahkah anda memikirkan, "Adakah sembahyang aku ini diterima atau sebaliknya".Tanyalah kepada diri anda kerana hanya anda sahaja yang tahu keadaannya.Untuk mengetahui samada sembahyang kita sembahyang kita diterima atau tidak,wajiblah kita kembali kepada hadis Rasulullah yang berbunyi: "Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat".Hadis ini merupakan arahan kepada kita bahawa sebagai umat baginda,kita mestilah mengerjakan sembahyang mengikut sunnah baginda dan meninggalkan perkara-perkara yang bid'ah di dalam sembahyang.Ini kerana hanya sembahyang mengikut sunnah Rasul sahaja yang akan dapat menjadi pencegah dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.
Persolannya,pernahkah anda melihat bagaimana Nabi mengerjakan sembahyang?.Jawapannya tentu tidak.Hanya melalui hadis-hadis baginda yang sahih sahaja yang diriwayatkan oleh sahabat yang dapat memberikan kita ilmu tentang sembahyang baginda.Kita sebagai umatnya yang mengakui mencintai baginda mestilah melakukan sembahyang hanya mengikut sunnah baginda sahaja..
Semoga Allah memberikan taufik dan hidayahnya agar kita sama-sama dapat melakukan sembahyang yang sesuai dengan tuntunan Rasul s.a.w,amin.Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan hambanya sendiri.
Sekian,wassalam.
0 comments:
Post a Comment