Subscribe:

MATIKU HIDUPKU HANYA UNTUKMU YA ALLAH

Labels

Saturday, August 6, 2011


RAMADHAN: Lailatul Qadr 



1. Daripada Hazrat Abu Hurairah رضي الله عنه berkata Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda, “Sesiapa yang berdiri beribadat pada malam Lailatul-Qadr dengan iman dan ihtisab (berniat untuk mendapatkan ganjaran) 
akan diampunkan dosanya yang terdahulu.”

2. Hazrat Anas رضي الله عنه berkata “Telah masuk bulan Ramadhan, lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda “Sesungguhnya bulan ini telah datang kepada kamu. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan,
sesiapa yang terlepas daripadanya maka dia telah terlepas daripada segala kebaikan dan tidaklah terlepas daripada kebaikannya kecuali dia yang benar-benar rugi.”
3. Daripada Hazrat Anas رضي الله عنه beliau berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda “Apabila tiba Lailatul-Qadr, turunlah Jibrail عليه السلام bersama sekumpulan para malaikat
memohon rahmat ke atas setiap hamba yang sedang berdiri atau duduk mengingati Allah سبحانه وتعالى
dan apabila tiba Hari Raya mereka, iaitu Hari Raya Fitrah, maka Allah سبحانه وتعالى akan membangga-banggakan mereka kepada para malaikatNya.
Dia berfirman “Wahai malaikatKu! Apakah balasan seorang pekerja yang telah menyempurnakan kerjanya?” Mereka berkata “Wahai Tuhanku, balasannya ialah disempurnakan ganjarannya.”
Allah سبحانه وتعالى berkata lagi “Wahai malaikatKu, hamba-hambaKu lelaki dan perempuan yang telah menyempurnakan fardhuKu ke atas mereka,
kemudian mereka keluar sambil melaungkan doa — Demi kemuliaan dan kehebatanKu, kemurahan dan ketinggianKu dan demi kedudukanKu pasti aku menerima doa-doa mereka.
Kemudian Allah سبحانه وتعالى berfirman (kepada hamba-hamba itu) – penterjemah. “Pulanglah kamu, sesungguhnya Aku telah mengampunkan kamu dan telah Kutukarkan segala keburukan kamu kepada kebaikan.”
Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda, “Lalu mereka pun pulang dalam keadaan telah terampun.”
4. Daripada Hazrat ‘Aishah رضي الله عنها beliau berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda “Carilah Lailatul Qadr pada yang ganjil dari sepuluh malam terakhir Ramadhan.”
(Hadith riwayat Bukhari – Misykah)
5. Daripada Hazrat ‘Ubadah Bin Samit رضي الله عنه beliau berkata Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah keluar untuk memberitahu kami tentang Lailatul Qadr, kemudian ada dua orang lelaki daripada kalangan orang-orang Islam telah bergaduh.
Maka Baginda telah bersabda, “Aku telah keluar untuk memberitahu kamu tentang Lailatul Qadr kemudian si fulan dan si fulan telah bergaduh, oleh kerana itu ia telah diangkat kembali. Mudah-mudahan itu lebih baik bagi kamu.
Maka carilah Lailatul-Qadr pada malam ke 9, 7 dan ke 5.”
(Hadith riwayat Bukhari – Misykah)
6. Hazrat ‘Ubadah Bin Samit رضي الله عنه telah bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم tentang Lailatul Qadr. Lalu Baginda bersabda, “lanya berlaku pada bulan Ramadhan pada sepuluh yang akhir.
Sesungguhnya ia berlaku pada malam-malam yang ganjil, pada malam ke 21,23, 25, 27 atau 29 ataupun pada malam terakhir dari bulan Ramadhan.
Sesiapa yang bangun beribadat padanya dengan iman dan niat untuk mendapatkan ganjaran, semua dosanya yang terdahulu akan diampunkan.
Di antara tanda-tandanya ialah keadaannya terang dengan langit yang bersih, tenang lagi sunyi, lidaklah terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk.
Seolah-olah bulan sedang memancar (kerana banyak Nur kerohanian).
Bintang-bintang tidak digunakan untuk melontar syaitan pada malam itu sehingga ke pagi.
Di antara tanda-tandanya lagi ialah sesungguhnya matahari akan terbit keesokan paginya tanpa cahaya yang bersinar kuat. la terbit dalam bentuk satu bulatan yang rata seperti bulan purnama.
Allah سبحانه وتعالى telah mengharamkan syaitan keluar bersamanya pada hari itu. (Sebaliknya pada hari-hari yang lain syaitan akan muncul di tempat matahari terbit.)
(Hadith riwayat Ahmad, al-Baihaqi, Muhammad bin Nasr dan lain-lain – Durrul Manthur)
7. Hazrat ‘Aishah رضي الله عنها berkata, “Ya Rasulullah! Beritahulah kepada saya sekiranya saya tahu malam manakah Lailatul Qadr, apakah doa yang sepatutnya saya pohon?”
Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda, “Katakanlah:
اللهـُــمّ َ إ ِنـّـَـكَ عـَــفـُــوّ ٌ تـُــحـِــبّ ُ الـْـعـَــفـْــوَ فـَــاعـْـفُ عـَــنـِّـى
“Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun dan Engkau sukakan pengampunan maka ampunilah daku.”


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...