Subscribe:

MATIKU HIDUPKU HANYA UNTUKMU YA ALLAH

Labels

Friday, August 12, 2011


Kek Lapis Sarawak Guna Mentega Golden Churn Creamy Butter Haram Dimakan Kerana Mempunyai DNA Babi Khinzir


Baru-baru ni negara digemparkan dengan penemuan DNA babi yang terdapat dalam mentega Golden Churn Creamy Butter yang banyak digunakan dalam pembuatan Kek Lapis Sarawak yang seterusnya menjatuhkan status haram dimakan. Nasib baik aku bukanlah peminat tegar kek lapis Sarawak ni. Al-maklum la, harganya pun bukan murah. 

Isu Golden Churn yang banyak diperkata sekarang ialah “apa perlu dibuat dengan kek lapis sedia ada?” dan apa pula hukum agama makan kek lapis ni pada waktu lampau. Soalan seperti ini telah diajukan kepada Ustaz Shauqi ketika kunjungan beliau ke ofis aku baru-baru ni. Dia menjawab dalam hukum fekah (fiqh), yang diharamkan tu ialah pada waktu sekarang dan waktu akan datang. Waktu lepas-lepas sebelum penemuan DNA babi dalam mentega tu kita tak perlu risau. 

Kita tak tahu waktu dulu-dulu mentega tu dah ada babi ke tidak. Dan korang tak payah la susah-susah nak tahu sangat benda tu. Paham? Satu lagi, tak perlu la korang nak samak ke peralatan dapur korang tu, kalau korang pembuat kek lapis la. Tapi kalau korang dah tau, tapi korang buat-buat tak tahu, dan masih lagi menggunakan mentega Golden Churn tu, siap-siap la korang untuk menyamak dapur korang huhu. Dan kalau korang masih menjual kek lapis Sarawak yang korang dah tau ada DNA babi tu kat orang ramai, jawab la nanti kat akhirat ye. 

Sediakan baju kalis api neraka siap-siap hehe. Aku paham je kerugian perniagaan korang, kalau dicampur-campur oleh semua peniaga, boleh cecah berjuta-juta ringgit. Tapi ini lah hakikatnya, Allah tengah menguji korang, sanggup atau tidak. Kalau korang taat kepada Allah, insyaAllah besar ganjarannya di akhirat kelak, tidak ternilai di dunia. Berita penuh tentang isu mentega Golden Churn ni ada di bawah. P/S: Apa yang kita makan perlu la halalan toyyiban iaitu halal dan elok kepada kesihatan. Kalau dok makan benda manis sangat, walau halal pun masih tak capai tahap halalan toyyiban, sebab dah hilang keelokkan makanan tu, iye la sebab manis sangat. Paham? Bersama la kita berusaha untuk makan makanan yang berkhasiat. Jauh dari penyakit InsyaAllah.



PENGARAH Jualan Di Wannie Cake meletakkan kek lapis Sarawak yang tidak menggunakan Golden Churn dalam peti ais di kedainya di Satok, semalam.

KUCHING: Pengusaha kek lapis Sarawak yang menggunakan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter yang disahkan mengandungi DNA babi, disaran memusnahkan stok mereka dan menyamak semua peralatan dan kelengkapan memasak sebelum menghasilkan semula kek berkenaan untuk dipasarkan.

Ia perlu dilakukan kerana ramai pengusaha menyediakan stok bernilai sehingga jutaan ringgit sejak tiga bulan lalu untuk menampung permintaan sambutan Aidilfitri, pada akhir bulan ini.

Mereka perlu berbuat demikian bagi mengelak menanggung dosa selepas mengetahui produk yang dihasilkan tidak halal dimakan.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman, berkata berdasarkan hukum Islam, menyamak adalah wajib kepada lebih 400 pengusaha kek lapis di Sarawak kerana mentega jenama berkenaan antara yang popular serta paling banyak digunakan bagi menghasilkan kek lapis yang tahan lama serta mampu disimpan sehingga enam bulan.

Daud berkata, proses menyamak mengambil masa kurang satu jam bergantung kepada saiz peralatan dan tidak menyebabkan kerosakan mesin pengusaha.

“Kita dimaklumkan memang ada pengusaha menyediakan stok bernilai jutaan ringgit sejak tiga atau empat bulan lalu, namun apa boleh buat. Ini adalah hukum dan mereka bersalah jika terus menjual kek lapis mengandungi DNA babi.

“Bagi pengusaha yang mempunyai banyak simpanan mentega jenama itu, mereka boleh merujuk Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan bagi maklumat lanjut dan pada masa sama menukar mentega kepada jenama yang disahkan halal,” katanya.

Daud berkata, sebelum ini pihaknya meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tampil dengan kenyataan rasmi pengharaman mentega jenama itu selepas Majlis Islam Sarawak (MIS) berbuat demikian pada 28 Julai lalu.

Katanya, keputusan makmal oleh MIS tidak perlu dipertikaikan kerana ia dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia (JKM) Sarawak menggunakan sampel mentega yang diperoleh secara meluas di pasaran tempatan.

Persatuan akui ramai batal tempahan Presiden Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS), Rabiah Amit memberi jaminan orang ramai tidak perlu bimbang status halal kek lapis Sarawak kerana semua 70 ahlinya sudah menghentikan penggunaan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter dan bertukar kepada jenama lain.

Rabiah bagaimanapun mengakui ramai pelanggan menghentikan tempahan sementara selepas isu itu dihebahkan menerusi media.

“Kami ingin menjelaskan bahawa kek lapis di Sarawak halal kerana tidak menggunakan produk itu sejak setahun lalu. Pengguna yang ragu-ragu boleh meneliti sijil halal kami yang dikeluar JAIS,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Sementara itu, isu itu dijangka tidak memberikan impak besar kepada industri kek lapis Sarawak kerana tempahan yang diterima pengusaha terus meningkat menjelang Aidilfitri. Namun, ada pengusaha terpaksa membatalkan tempahan luar negara kerana bimbang ia menjejaskan jualan selepas terpaksa menanggung kos pengedaran yang tinggi.

Pemilik Kedai Kek Di Wannie, Zoraidah Leen, berkata beliau kerugian sekurang-kurangnya RM30,000 selepas membatalkan penghantaran kek lapis ke Brunei dan Singapura walaupun sudah menerima banyak permintaan daripada pelanggan tetap di negara berkenaan.

Katanya, sejak 2007 pihaknya mengedar kek lapis di dua negara jiran itu selain pelanggan di Semenanjung serta tempatan yang setakat ini tidak terjejas.

“Saya terpaksa menerangkan kepada pelanggan di luar negara dan jalan terbaik adalah menangguhkan penghantaran.

“Kerugian boleh ditampung dengan permintaan dalam negara yang stabil kerana saya memang sudah lama tidak menggunakan mentega itu,” katanya.

Sementara itu, pengedar kek lapis Sarawak di Semenanjung, Azman Hezri, berkata isu mentega tidak menjejaskan tempahan penggemar di Semenanjung.

Malah, beliau terpaksa menghentikan tempahan sebelum Ramadan kerana bimbang tidak dapat menghantar bekalan akibat tempahan terlalu banyak.

Setakat ini beliau mengedarkan 1,500 kilogram kek lapis di sekitar Kuala Lumpur dan Semenanjung.

“Isu Golden Churn nampaknya tidak menjejaskan minat orang ramai di Semenanjung. Walaupun ada yang kata macam-macam mengenai mentega itu, masih ramai membuat tempahan sehingga saya bimbang tidak mampu menghantarnya sebelum raya,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...