Subscribe:

MATIKU HIDUPKU HANYA UNTUKMU YA ALLAH

Labels

Tuesday, August 9, 2011


CARA nak tenangkan hati


Setiap manusia tak kira apa agama pasti mempunyai masalah masing-masing. Selagi namanya hidup di dunia, selagi itulah masalah akan wujud. Tapi jangan sampai masalah yang kita hadapi itu membebankan jiwa kita.

Setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya.. dan setiap penyakit itu pasti ada ubatnya..Bagaimana nak selesaikan masalah dengan mudah kalau tak mempunyai hati yang tenang?
Sebagai seorang muslim, cara terbaik adalah kita ajukan penyelesaian masalah itu kepada Tuhan Rabul Alamin. Itulah jalan penyelesaian yang sebaik-baiknya.
Tapi bagaimana kita nak ajukan kepadaNYA?
caranya adalah patuhi rukun iman.
Di dalam Alquran Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang berselimut, bangunlah sembahyang tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (untuk istirehat) iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, atau pun lebihkan daripadanya, dan bacalah Al-quran dengan sempurna. Sesungguhnya kami akan menurunkan kepadamu wahyu (ilham) yang berat. Sebenarnya sembahyang malam itu lebih berkesan dan lebih tetap betul bacaannya. Kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang. Dan berzikirlah menyebut nama Tuhanmu dengan menumpukan perhatianmu kepada-NYA dengan sebulat-bulat tumpuan. Dialah tuhan yang menguasai Timur dan Barat, tiada Tuhan melainkan Dia, maka jadikanlah Dia penjaga yang menyampaikan urusanmu” (Surah Muzammil- ayat 1-9)
Untuk melakukan perintah Allah seperti yang disebutkan di dalam maksud ayat-ayat Al-quran diatas, maka hendaklah mendahulukan mematuhi dua rukun dalam islam.
Iaitu Rukun Iman dan Rukun Islam.Rukun Iman yang enam perkara dan Rukun Islam yang lima perkara.
Orang yang menunaikan solat fardhu lima waktu, dan apabila menghadapi masalah yang rumit, mengadulah pada Allah, Tuhan yang maha berkuasa lagi Maha Penyayang.
Seeloknya pada hari khamis malam jumaat sekitar jam dua pagi, bangun daripada tidur, terus lakukan mandi taubat dengan bacaan niatnya : ” Nauwwaitul ghuslu taubata, ‘anjamiizzunuubiy sunnatan Lillahi Taala”. Ertinya, ” Sahaja aku mandi taubat dari sekelian dosa aku sunat kerana Allah ( hakikat dalam hati, ya Allah , sebagaimana air ini menghanyutkan sekalian kekotoran pada tubuhku, maka Engkau hapuskanlah dosa-dosaku). Terus siram air pertama pada ubun-ubun di kepala dan selepas itu ke seluruh badan.
Setelah selesai mandi, terus ambil air wuduk, lakukan solat sunat taubat dua rakaat dan selepas salam, lakukan pula solat sunat tahajud dua rakaat.
Setelah selesai, ubah duduk dengan bersila dan pilih salah satu amalan yang akan diwiridkan seperti dibawah.
WIRID CARA PERTAMA :
Mulakan dengan membaca satu kali surah Al-Fatihah dan tiga kali surah Al-Ikhlas. Hadiahkan Nabi Muhammad SAW, kepada keluarganya,dan kepada sahabatnya dengan tujuan supaya mendapat berkat limpah syafaatnya sehingga dimudahkan segala urusan, dilenyapkan segala kesusahan hati,
selepas itu baca mana-mana surah dari Al-Quran seperti surah Al-Kahfi, atau surah Al-Muluk, atau surah Al-waqiah dengan suara merdu,syahdu antara terdengar dengan tidak suara tersebut, yakni suara yang terbit dari dalam lubuk hati yang sangat rindu ingin bertemu dengan Rasulullah.
Insya Allah ijab hati anda akan terbuka ketika itu, hati anda lapang dan luas bagaikan cakerawala, segala kesusahan yang melanda hati serta fikiran akan lenyap dengan tiba-tiba. Hati dan fikiran akan berganti dengan kebahagiaan yang tidak pernah anda rasakan selama ini, kebahagiaan yang tidak dapat ditandingi oleh nikmat dunia.
Inilah salah satu cara amalan para hamba Allah yang zuhud, mereka dapat meletakkan dunia dan segala isinya dihadapan sahaja tanpa masuk ke dalam hati, hati mereka sentiasa merdeka dan bahagia walau bagaimana pun suasana dunia membadai
WIRID CARA KEDUA
Anda hendaklah melakukan mandi taubat dan solat taubat seperti aturan cara pertama di atas, selepas salam ubah duduk dengan cara bersila. dan sila baca wasilah cara pertama di atas sekali baca, dan ingat segala dosa yang pernah anda lakukan kepada sesiapa, dan ingat pula kelalaian tentang perintah Allah yang anda abai atau tinggalkan, lalu anda kesali dalam hati dan tidak akan membuat dosa lagi selama hidup sambil membaca istighfar, ” Astaghfirullaahhal ‘Azhiim wa atubu ilaihi (lima atau tujuh kali)
Seterusnya, anda kumpulkan fikiran menjadi satu, ditujukan perhatian kepada jantung anda, yakni seketul daging yang bergerak-gerak, memalu-malu yang dengannya tubuh sekalian itu hidup, dan apabila telah tetap perhatian dan pandangan ke tempat tersebut, lalu anda baca dalam perasaan lafaz ” Ilahi Anta Maqsuudi Wa Redaka Matluubi (7 kali). Ertinya, ” Engkau jua yang aku maksudkan Ya Tuhanku, dan keredhaan Engkaulah yang aku tuntut/harapkan.
Setelah itu, lalu naikkan/tongkatkan hujung lidah ke langit-langit, tutup mulut rapat-rapat, lalu ikuti gerak injab jantung dengan lafaz ” Allah,Allah.” terus menerus dengan melupakan ingatan selain sebutan Allah Allah. Lakukan secara bertahap selama satu jam dahulu, di ikuti satu setengah jam pada malam lain dan seterusnya dua jam sehingga 4 jam pada malam seterusnya, jika mampu, yakni hampir masuknya waktu solat subuh.
[di sunting dari artikel majalah MILENIA muslim jun 2011]

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...