Subscribe:

MATIKU HIDUPKU HANYA UNTUKMU YA ALLAH

Labels

Tuesday, August 9, 2011


kesan membuat maksiat


Tidak lama lagi ramadhan akan menjelma, dikesempatan ini marilah kita sama-sama mempertingkatkan iman dan amal kita. Kali ini saya hendak berkongsikan sedikit kesan-kesan dari perbuatan maksiat yang mungkin kita tak sedari kerana kejahilan dan mungkin juga kerana lemahnya iman digoda oleh musuh utama kita iaitu syaitan.
Maksiat lawannya taat. Kedua-duanya, hanya Allah swt yang tahu. Maksiat ada kesannya, taat pun ada kesannya tersendiri.
Ketaatan menjadi suatu yang manis bagi si Mukmin, manakala maksiat adalah suatu kelazatan bagi mereka yang engkar. Sesungguhnya maksiat dan pengaruhnya sangat membahayakan insan di dunia dan akhirat. Mukmin, sentiasa berhati-hati dalam kehidupan hariannya agar tidak terperangkap dalam kemaksiatan.
Walaupun hanya Allah swt yang tahu semua tindakan ketaatan dan juga kemaksiatan insan, kesan dan pengaruhnya dapat dilihat semasa hidup di dunia.
1. Tidak Mendapat Ilmu2. Tidak Mendapat Rezeki3. Kerisauan dan Kesepian Hati4. Banyak Mendapat Kesulitan5. Kegelapan di dalam hati6. Melemahkan Hati dan Badan7. Kehilangan ketaatan
8. Mengurangi umur dan mengikis berkah1. Tidak Mendapatkan Ilmulmu adalah sinar yang diletakkan Allah swt ke dalam hati. Sedangkan maksiat memadamkan sinar tersebut. Pernah Imam Malik menasihatkan Imam Syafie yang belajar dengarnya, “Saya melihat Allah swt telah meletakkan sinar dalam hatimu. Jangan engkau padamkan dengan kegelapan maksiat.” Imam Syafie juga pernah mengeluh, “Saya mengeluh kepada Waki’, hafalanku jelek; lantas dia menasihatiku untuk meninggalkan maksiat.” Sambung Waki’, “Ketahuilah bahawa ilmu itu anugerah, dan Allah swt tidak berikan kepada pelaku maksiat.”
www.zulasia.com


2. Tidak Mendapatkan Rezeki

Dalam Musnad Imam Ahmad, “Sesungguhnya seorang hamba tidak mendapatkan rezeki kerana dosa yang diperbuat.” Sememangnya jelas bahawa taqwa kepada Allah swt itu mendapatkan rezeki, sedangkan meninggalkan taqwa mendatangkan kefakiran dan kemiskinan.

3. Kerisauan dan Kesepian di Hati

Antara hati seorang insan pelaku maksiat dengan Allah swt, tidak adakeseimbangan dan keterkaitan yang dirasai sebagai kenikmatan, malahan yang terbit dari hatinya hanyalah kegelisahan dan kesepian. Sekiranya kenikmatan dunia seisinya diberikan kepadanya, tidak akan mampu mengimbangi keresahan tersebut.Tidak ada yang lebih pahit dalam hati insan daripada kerisauan kerana

kesepian atau keterasingan antara dirinya dengan orang lain, lebih-lebih lagi dari orang-orang yang sebelumnya baik dengannya. Bilamana perasaan keterasingan itu menjadi kuat, maka dia akan menjauhkan dirinya dari lingkungan orang-orang tadi. Akhirnya, jika hati yang terasa terasing itu banyak melakukan maksiat, dia akan mendekati kelompok syaitan, dan jauh dari kelompok yang dekat dengan Allah swt. Kesan seterusnya, perasaan keterasingan itu akan menguasai dirinya dan dia akan mula terasa terasing dari keluarganya serta anak-anaknya, dan ini akan terus menambahkan kerisauan dan tertekan dalam dirinya

.4. Banyak mendapat kesulitan

Orang yang tidak bertaqwa akan mendapat kesukaran dalam berbagai urusannya. Kehidupannya banyak menemui kesulitan, jalan buntu dan jalan penyelesaian yang serba sulit.

5. Kegelapan dalam hatinya

Kegelapan dalam hatinya akan sungguh-sungguh ia rasakan seperti gelappekatnya malam. Bila ia diberi petunjuk, maka kegelapan maksiatnya itu masuk menutupi hatinya. Berkata Abdullah bin Abbas, “Sesungguhnya pada kebaikan itu ada cahaya pada wajah, sinar pada hati, kelapangan pada rezeki dan kekuatan pada badan serta kecintaan di hati ramai orang terhadap dirinya.

Adapun pada perbuatan buruk terdapat warna hitam pada wajah, kegelapan dalam hati, kelemahan badan, kekurangan rezeki dan rasa benci kepadanya di hati ramai orang.”

6. Melemahkan hati dan badan

Orang Mukmin itu kekuatannya terletak pada hati. Bilamana hatinya kuat, badannya pun menjadi kuat. Sedangkan orang yang jahat dan penuh dengan maksiat, walaupun badannya kuat, namun hatinya paling lemah. Bayangkan, kekuatan badan orang-orang Persia dan Romawi dapat dihancurkan oleh orang-orang Mukmin dengan kekuatan hati yang kuat imannya kepada Allah swt.

7. Kehilangan ketaatan

Tidak ada hukuman bagi suatu dosa, kecuali hukuman itu adalah terhalangnya seseorang dari ketaatan terhadap Allah swt. Juga akan terputuslah jalan-jalan kebaikan yang lainnya, sedangkan ketaatan itu lebih baik daripada dunia seisinya.8. Mengurangi umur dan mengikis berkahSebahagian ulama mengatakan, bahawa kurangnya umur orang yang suka melakukan maksiat ialah kerana hilangnya berkah umurnya. Hidup ini sebenarnya adalah kehidupan hati. Umur manusia selama waktu-waktu hidupnya sentiasa bersama Allah swt, itulah yang merupakan waktu-waktu umurnya. Bila hidupnya berpaling dari Allah swt dan sibuk dalam kemaksiatan, akan hilanglah hari-hari hidupnya yang hakiki. Sehingga pada akhirnya orang itu akan berkata:“Aduhai, sekiranya dulu saya berbuat untuk hidupku sekarang ini.”(Al-Fajr:24).


[Rujukan: Ibn Qoyyim, "Terapi Penyakit Hati"]

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...