Subscribe:

MATIKU HIDUPKU HANYA UNTUKMU YA ALLAH

Labels

Friday, August 12, 2011


Peralatan Buat Kek Lapis Guna Mentega Golden Churn Wajib Samak

Kek lapis yang pernah menggunakan Mentega Golden Churn Creamy Butter daripada New Zealand sebagai bahan untuk membuat kek lapis tersebut wajib menyamak peralatan yang mereka gunakan. Ini adalah kerana Golden Churn Creamy Butter di sahkan mengandungi bahan daripada babi (pig). Pengeluar juga di nasihatkan supaya simpanan stok kek lapis yang di buat menggunakan Golden Churn Creamy Butter di musnahkan dengan segera kerana ianya adalah haram untuk di makan.
Jika Golden Churn Creamy Butter digunakan dalam penyediaan sesuatu makanan, maka makanan tersebut juga adalah haram di makan dan juga menjualnya pun haram. Jadi jika kek lapis yang sebelum ini menggunakan Golden Churn Creamy Butter maka seeloknya di hapuskan dengan kaedah yang betul. Jadi kepada pengguna yang dah makan kek lapis sejak bertahun-tahun dahulu, dah tak boleh nak buat apa. Kita baru tahu hari ini kan. Jadi siapa yang patut di persalahkan dalam hal ini. Jika kita tahu Golden Churn Creamy Butter itu haram tentu pengeluar tak akan guna mentega tersebut untuk buat kek lapis. Siapa yang perlu di persalahkan dalam hal ini penguatkuasaan ataupun pengguna???
Sekadar Gambar Hiasan. Sumber 
KUCHING: Lebih 400 pengusaha pengusaha kek lapis di negeri ini yang pernah menggunakan mentega berjenama terkenal disahkan mengandungi asid deoksiribunuklik (DNA) babi, diarahkan menyamak peralatan serta melupuskan stok walaupun ada pengusaha memiliki stok bernilai jutaan ringgit.
Arahan dikeluarkan Majlis Islam Sarawak (MIS) itu memberi tumpuan terhadap pengusaha kek lapis yang pernah menggunakan mentega berkenaan supaya melakukan kerja menyucikan bekas atau kelengkapan yang digunakan mengikut hukum syarak.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman berkata, pihaknya turut meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pengharaman mentega itu. “Keputusan makmal dibuat MIS tidak boleh dipertikaikan lagi kerana ia dilakukan Jabatan Kimia Malaysia, Sarawak yang mengambil sampel mentega yang boleh diperoleh secara meluas di pasaran tempatan itu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...