Subscribe:

MATIKU HIDUPKU HANYA UNTUKMU YA ALLAH

Labels

Thursday, August 11, 2011


ZAKAT: RUKUN ISLAM YANG SEMAKIN DILUPAKAN

Sebuah buku yang harus dibaca oleh setiap masyarakat tanpa mengira latarbelakang pendidikan. Dont judge the book by its cover! Walaupun buku ini hanya memaparkan grafik yang biasa sahaja, namun isi kandungannya begitu bermanfaat untuk kita amati dan ambil iktibar.
Kandungan yang terdapat di dalam buku ini merupakan hasil pemerhatian dan kejadian yang betul-betul berlaku dalam masyarakat kita. Sudah tentu bab zakat kurang diperkatakan oleh kita, namun penulis buku ini telah berjaya menyediakan suatu bahan pembacaan yang mudah untuk difahami dan digarap segala isi kandungannya.
Bab-bab yang terkandung di dalam buku ini amat menarik sekali dan sudah tentu tajuk yang ingin diperkatakan tidak terlepas dari menyentuh sedikit sebanyak berkenaan dengan zakat. Antaranya ialah:
     
  • Apabila search berdendang
  • Al-kisah Si Pak Awi Buta
  • Rela bergadai demi anak
  • Adakah ini kebetulan atau ….?
  • Surat yang menyentuh perasaan
  • Terdapat beberapa kisah yang diceritakan di dalam buku ini membuktikan bahawa jika kita menunaikan zakat, sudah tentu rezeki kita bertambah-tambah. Mungkin ramai antara kita yang tidak menyedari bahawa menunaikan zakat (terutama zakat pendapatan) itu semudah ABC. Hanya isi borang dan hantar.
Sebagai kesimpulannya, zakat itu perlu dilaksanakan oleh semua umat Islam bagi membangunkan kemajuan umat Islam itu sendiri. Berikut saya sertakan jadual potongan gaji bagi tujuan zakat (Baitulmal Sarawak)

KAEDAH 1
(KAEDAH PENDAPATAN KASAR)
  1. Jumlah pendapatan kasar sebulan
  2. Pendapatan kasar setahun yang layak zakat ialah mesti melebihi nisab iaitu RM3000.00 ke atas
    *(Jumlah A) x 2.5% = Potongan zakat sebulan
RM3000.00
RM3000.00 x 2.5%
=RM75.00
*Sumber Baitulmal Sarawak ( setakat Jun 2010)

KAEDAH 2
(KAEDAH PENDAPATAN BERSIH)
  1. Jumlah pendapatan kasar sebulan (Gaji + Elaun + Bonus) (Tolak)
    1. Keperluan asasi hidup sebulan
    2. KWSP (Jika ada)
    3. Caruman tabung haji
    4. Sumbangan kepada ibu bapa
    5. Sumbangan Baitulmal / Statutori
    6. Rumah
    7. Kenderaan
    8. Lain-lain
  2. Pendapatan yang layak zakat ialah (Jumlah A – Jumlah B)
    (Jumlah C hendaklah melebihi nisah iaitu RM3000.00 ke atas)
    Zakat yang wajib dibayar adalah seperti berikut:
    (Jumlah C) x 2.5%
RM3000.00
RM……………
RM……………
RM……………
RM……………
RM……………
RM……………
RM……………
RM……………
RM……………
RM……………
*Sumber Baitulmal Sarawak ( setakat Jun 2010)

Bagi memudahkan pembayar zakat pendapatan melalui potongan gaji baik secara bersih mahupun kasar, pembayar dinasihatkan untuk membayar pada kadar potongsn mengikut angka genap seperti dalam jadual di bawah
PENDAPATAN KASAR ATAU BAKI PENDAPATAN BERSIH SEBULAN (RM)
PERUNTUKAN ZAKAT SEBULAN
POTONGAN YANG DICADANGKAN
400.00
10.00
10.00
450.00
11.25
12.00
500.00
12.50
13.00
600.00
15.00
15.00
700.00
17.50
18.00
800.00
20.00
20.00
900.00
22.50
23.00
1000.00
25.00
25.00
1500.00
37.50
38.00
2000.00
50.00
50.00
3000.00
75.00
75.00
4000.00
100.00
100.00
5000.00
125.00
125.00
DAN SETERUSNYA….
*Sumber: Baitulmal Sarawak
Tajuk buku: Rakan zakat Anda …Menyingkap hijab ilmu dan amalan yang telah  lama terpinggir
Penulis: Hj Abg Mohd Shibli B Abg Mohd Nailie
Tahun: 2005
Penerbit: Hj Abg Mohd Shibli B Abg Mohd Nailie
By: Abang Isaifuddin Bin Abang Noran (asoi), lawati blog penulis di www.abangisaifuddin.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...