Marilah kita bertaqwa kepada Allah, dengan mematuhi segala titah perintahnya dan menjauhi segala larangannya. Disamping itu kita hendaklah sentiasa menyedari, takdir dan ketentuan Allah yang berlaku ke atas diri kita dan alam yang ada ini. Seperkara yang perlu disedari dengan mendalam bahawa sesungguhnya kehidupan ini telah di takdirkan dengan Allah, untuk menjalani pengembaraan yang jauh, bermula di alam arwah dan akan berakhir di alam akhirat. Sebab itulah Rasulullah SAW mengingatkan dengan sabdanya:
(Riwayat Ibn Umar)
Bermaksud: "Jadikanlah dirimu di dunia ini sebagai musafir atau orang yang dalam perjalanan."
Kita sebenarnya telah menempuh dua alam yang kedua-duanya telah kita tinggalkan, iaitu alam 'Arwah' dan alam 'Arham'. Kemudian kini sedang berada dialam yang ketiga iaitu alam 'Musyahadat' atau alam dunia.
Ketika di alam Arwah dahulu, jasads kita belum terjadi, yang ada hanya roh yang telah dicipta oleh Allah SWT, di sinilah roh kita telah diberi suntikan aqidah keimanan kepada Allah, sebagai bekalan terpenting dalam pengembaraan seterusnya supaya selamat dan berjaya. Kemudian roh berpindah kepada ke dalam jasad setelah ia terbentuk dalam rahim ibu. Di alam kedua ini (kandungan ibu), dirasakan waktu itu amat rileks sekali atau dalam keadaan istirehat, tiada perjuangan dan tiada cabaran.
Kemudian, sekarang ini kita sedang berada di alam dunia. Sesungguhnya kewujudan kita di alam dunia ini bukan untuk berhibur, tetapi memikul amanah Allah, untuk beribadat kepadanya dan melakukan amal-amal soleh serta amal-amal kebajikan untuk kemanfaatan diri, keluarga, Islam dan umatnya serta makhluk-makhluk yang lain. Segala aktviti kita di dunia ini hendaklah dijiwai dengan nilai-nilai aqidah dan syariat serta dengan niat untuk menjunjung titah perintah Allah SWT. Maka dengan itu segala-galanya akan menjadi menjadi bekalan kita untuk dibawa ke akhirat, sesuatu dengan firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 197:
Bermaksud: "dan berbekallah kamu, maka sebaik-baik bekalan ialah taqwa"
Rasulullah SAW pula bersabda:
Bermaksud: "Dunia ini ialah sebagai ladang untuk bercucuk tanam (tempat melakukan amal ibadat dan amal kebajikan), sedangkan hasilnya bakal dipetik di negeri akhirat nanti.
Alam dunia yang sedang kita alami seknarang ini ialah alam ketiga dan kita sedang dalam perjalanan untuk menuju ke alam keempat, iaitu "Alam Barzakh" atau "Alam Kubur", kamudian apabila berlaku hari qiamat, kita akan masuk ke alam kelima atau alam yang terakhir iaitu "Alam Akhirat". Sebelum itu kita kita dihimpunkan duhulu di Padang Mashyar, untuk diadili dan dihisab akan segala akan segala amal perbuatan kita di dunia ini, jika baik akan dibalas syurga, dan sebaliknya jika buruk akan di balas engan azab api neraka.
Malangnya Saudara-saudara, ramai manusia yang lalai ketika singgah sebentar di alam dunia ini, lalai daripada menyediakan bekalan untuk dibawa pulang ke alam akhirat. Mengapakah kebanyakan kita lalai?. Untuk soalan ini, marilah sama-sama kita renungkan peristiwa yang berlaku kepada Rasulullah SAW pada malam Isra' dan Mikraj. Pada malam itu, baginda telah diperlihatkan oleh Allah SWT kepada seorang wanita yang tersangat tua, yang telah bongkok, dahinya hampir mencecah bumi, kemudian apabila Rasululullah bertanya kepada Jibril: "Siapakah wanita itu?", Jibril memberitahu kepada Rasulullah SAW : "Itulah gambaran dunia ini usianya sudah tersangat tua".
Lazimnya apabila sesuatu benda itu sudah tua, ia kelihatan hodoh dan ramai dan ramai yang tidak menyukainya, tetapi anehnya dunia kelihatan semakin cantik dan ramai orang yang semakin terpesona dengan kecantikan dunia ini. Ada cedekiawan Islam yang menyifatkan dunia sekarang ini yang dihubung-kaitkan dengan gambaran yang dilihat oleh Rasulullah dalam peristiwa Isra' dan Mikraj tadi, adalah seolah-olah seperti seorang janda tau yang berhias, menjadikan ramai orang terpedaya dengan kecantikan yang palsu.
Allah SWT mengingatkan kita dengan firmannya menerusi surah al-Hadid ayat yang ke-20 yang bermaksud:
"Ketahuilah!, bahwa (yang dikatakan )kehidupan dunia itu tidak lain, melainkan permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bauan hidup yang bertujuan) bermegah-megah diantara kamu (dengan kelebihan , kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak(semua itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur), menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (kesuatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahwa) di akhirat ada azab yang (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia) dan (ada pula) keampunan besar serta keredhaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah bahwa) kehidupan dunia ini tidak lain , hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya"
Allah mengingatkan lagi melalui surah Ali Imran ayat 185:
Bermaksud: "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Qiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu siapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan kedalam syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya), tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya".
Menyedari hakikat yang demikian tadi saudara-saudara, maka hendaklah kita sentiasa berwaspada daripada dilalaikan dan diperdayakan oleh tipu muslihat duniawi brupa kesenangan dan kemewahan atau sebagainya, yang kesemuanya bersifat sementara, yang kekal hanyalah kehiduoan akhirat. Ini bukan pula bermakna umat Islam kini harus membuang dan melemparkan kemewahan dunia secara menyeluruh.
Kita sebagai umat Islam yang berpandu kepad Al-Quran dan As-Sunnah, hendaklah melihat bahawa dunia ini ada kalanya masih jernih, bersih dan halal apabila ia diberi roh aqidah dan syariat, jelasnya, kita wajar memilih kemewahan duniawi yang halal, menghindarkan daripada rasuah dan penipuan serta perkara-perkara yang diharamkan. disamping itu segala kemewahan yang kita cari, jangan sekali-kali dijadikan matlamat terakhir dalam kehidupan kita, tetapi hendaklah ia diperalatkan atau dijadikan jambatan untuk kebahagiaan abadi di akhirat nanti. Sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah al-Qisaas ayat 77 bermaksud:
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh Alla kepadamu, akan pahala dan kebahagiaan pada hari akhirat; dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah), sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatnya yang melimpah-ruah); dan janganlah engkau melakukanm kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan".
Menerusi Mafhum ayat yang baru kita bacakan tadi, Allah mengingatkan kita semua agar berusaha mencari kebahagiaan di akhirat, menerusi apa-apa jua nikmat kurniaan Allah; kepada kita di dunia ini, seperti harta kekayaan, pangkat, kedudukan dan sebagainya. Dalam pada itu jangan pula kita melupkanm bahagian kita dalam dunia, untuk merasai kesenangan yang halal, sebelum dapat menikmati kesenangan yang kekal di akhirat kelak
0 comments:
Post a Comment