Ilmu Untuk Kaum Hawa
Darjat Seorang Isteri.
1. Isteri SiddiqinIsteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.
2. Isteri MuqarrobinIsteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.
3. Isteri SolehinIsteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.
4. Isteri FasikIsteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.
Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : “Wanita yang paling besar mendatangkan keberkatan adalah mereka yang paling mudah mengurus, memberi belanja (rumah)." [Hadith Riwayat Ahmad]
KETERANGAN;1. Jika seorang wanita telah diberi belanja oleh suaminya, sekadar mampunya maka dibelanjakannya dengan bijaksana dan berhemah, sehingga dapat mencukupkan apa yang ada, dengan tiada umpat cela.
2. Atau, jika dia mempunyai harta sendiri, dinafkahkannya untuk menambah keperluan rumahtangga, maka itulah wanita paling besar membawa keberkatan rumah tangga.
Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa dibulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada mana-mana pintu yang ia kehendaki." [Hadith Riwayat Al-Bazzar]
Peringatan Untuk Semua Muslimah.
0 comments:
Post a Comment