Subscribe:

MATIKU HIDUPKU HANYA UNTUKMU YA ALLAH

Labels

Thursday, July 28, 2011


Hukum buruk sangka



Apakah hukum buruk sangka? Buruk sangka di dalam Bahasa Arab disebut Husnuzzon (Husnu Zhon) berlawanan dengan baik sangka (Suu zhon). Adakah diperbolehkan buruk sangka? Mari kita kupas persoalan-persoalan ini dan selanjutnya akan disimpulkan ringkas dan padat buat pemahaman pembaca.

Buruk sangka ialah satu daripada penyakit-penyakit hati yang amat kronik! Kenapa? Kerana ia bukan sahaja menjarah dengan parah terhadap hati dan jiwa pengidapnya, akan tetapi turut lahir tersendiri, malah ia lahir bersama dengan sifat-sifat mazmumah lain yang bongkak, dendam, zalim dan sebagainya. Maka apabila sifat tersebut meneraju serta memacu kehidupan seseorang insan, ia akan menjadikan manusia itu yang sentiasa resah, gelisah dan tidak tenteram, kerana sentiasa mencari keaiban dan kelemahan orang lain, tidak punya masa untuk mengingati Allah SWT dan muhasabah diri.

Buruk sangka yang dimaksudkan di sini ialah buruk sangka yang tidak baik. Ia mengheret sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati, yang akan mempengaruhi anggota-anggota badan yang lain supaya mengikut kehendaknya.
Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya menyatakan bermaksud, “Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, maka baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari Muslim)
Buruk sangka dibahagikan kepada 2 jenis:
Buruk sangka yang bertujuan baik, seperti untuk menyedarkan atau memperbaiki seseorang yang dikatakan melakukan kejahatan.
Buruk sangka yang bertujuan jahat demi untuk menjatuhkan maruah dan kedudukan seseorang. Walau apapun tujuannya, buruk sangka tetap memberikan impak yang negatif, jarang ada manusia yang terselamat dari terkena bahana prasangka.

Dengan sebab itulah Islam sangat melarang daripada berprasangka.
Buruk sangka boleh terjadi dengan berbagai sebab antaranya:
1 – Godaan dan tipu helah syaitan atau iblis. Buruk sangka adalah jalan terbaik bagi syaitan merangsang manusia untuk bergaduh, mengumpat, melempar tohmahan, membuat pakatan jahat, berpecah belah dan sebagainya.
2 – Kelemahan jiwa. Jiwa yang lemah akan mendorong seseorang mudah terikut dengan pemikiran yang negatif dan buruk terhadap orang lain.
3 – Perasaan sombong dan bongkak. Perasaan ini menyebabkan seseorang itu merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain. Dia merasa dengki sekiranya terdapat individu lain mendahului dalam mengecapi sesuatu kejayaan atau membuat sesuatu kebaikan atau pun mendengar orang memuji musuhnya dihadapannya.
4 – Keburukan batinnya. Seseorang yang biasa membuat tipu helah dan penipuan akan merasakan orang lain juga sama sepertinya.


Kesimpulannya, sebagai insan dan hamba kepada Maha Pencipta, hendaklah kita senantiasa bersifat mendongak ke atas memohon keampunan keatas khilaf dan silap, senantiasa muhasabah diri. Jangan mencari salah, perbetulkan salah. Elakkan buruk sangka, berbaik sangka seadanya. Insya-Allah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...