Subscribe:

MATIKU HIDUPKU HANYA UNTUKMU YA ALLAH

Labels

Saturday, July 30, 2011


KILAUAN MUTIARA HIKMAH BULAN RAMADHAN

" Wahai orang-orang yang beriman, di wajibkan keatas kamu berpuasa, sebagaimana (telah) diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa. (Iaitu) dalam beberapa hari tertentu. Jika antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah ia baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang yang berat menjalankan (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah iaitu memberi makan seorang miskin." (QS.Al Baqarah : 183-184)

Maksud ayat-ayat di atas dengan jelas menunjukkan, bahawa ia mengandungi falsafah dan pengertian yang amat mendalam. Awal ayat tersebut menyatakan orang-orang beriman yang ditujukan khusus kepada mereka yang beriman kepada Allah dengan ketaqwaan yang tinggi di sisi Allah. Maka ini menunjukkan setiap muslim itu harus memulai kehidupannya dengan iman dan pada akhirnya akan dinilai oleh Allah dengan tingkat ketaqwaannya dalam mengamal ibadah dan amal sholeh, dan sejauh mana pula seseorang itu dapat menjauhi perbuatan yang dilarang oleh Allah iaitu kemunkaran dan kemaksiatan.
 
Ketaqwaan itu sebagai natijah yang perlu dicapai oleh seorang mukmin. Ayat-ayat tersebut di atas berkaitan dengan ibadah puasa yang diwajibkan kepada orang-orang yang beriman, ia bukan sehaja menahan diri dari makan minum, hubungan antara suami dan isteri atau sanggama di siang hari, tetapi lebih jauh dari itu ialah membiarkan hawa nafsunya bermahraja lela dengan maksiat mulut, tangan, mata dan telinga. Perlakuan seperti itu, menjauhkan seseorang mukmin yang berada dilandasan iman untuk menuju ke persada taqwa dan memusnahkan talian iman tersebut untuk memartabatkan darjat taqwa itu kepada seseorang muslim dan mukmin.

Nabi  s.a.w bersabda :
 " Diberikan kepada umatku 5 perkara (keistimewaan) yang tidak diberikan kepada Nabi-Nabi sebelum aku.
 Apabila muncul malam pertama (Ramadhan), Allah s.w.t memberikan kurnia kepada mereka (umatku) dan barang siapa yang mendapat kurnia Ilahi, ia tidak akan kena azab untuk selama-selamanya.
Para malaikat memohon keampunan untuk mereka setiap siang dan malam.
Allah memerintahkan kepada penjaga sorga; berhias indahlah dan bergaya untuk hamba-hambaku yang mulia.
Bau mulut mereka lebih wangi dari bau kasturi.
Apabila masuk malam terakhir bulan Ramadhan, maka Allah memberikan ampunan kepada mereka semua, dan amal-amal yang mereka lakukan diberikan pahalanya seketika itu.
(HR.Baihaqi dari Jabir)

Maka tak dapat kita bayangkan tentang bagaimana anugerah Allah dengan kilauan mutiara yang berharga kepada umat Islam yang dapat melaksana ibadah puasa dengan keimanan dan ketaqwaan yang mantap dalam menjalani ibadah tersebut. Kepahitan disela seli dengan ganjaran yang sangat hebat yang dijanjikan disamping beberapa dispensasi dan fleksibiliti dari aspek perlaksanaan hukumnya menurut keadaan tertentu kepada mereka (umat Islam) yang sedang menjalani ibadah puasa tersebut.

Kewajiban Puasa Ramadhan.

Dalam ayat di atas terdapat suruhan mesti dilakukan oleh seorang muslim mukmin dengan menggunakan kata-kata " kutiba " dalam pengertian diwajibkan atau diperintahkan kamu mengerjakan puasa. Dalam pramasastra bahasa Arab kata tersebut adalah kata kerja yang tersembunyi (majhul) tidak ditegaskan siapa yang memerintahnya, walaupun pada hakikatnya setiap orang yang beriman itu sudah mempastikan bahawa yang memerintah itu ialah Allah s.w.t. Kalau arahan itu dibaca dengan kata kerja, maka kalimah itu seharusnya ditulis dan dibaca "Allah telah mewajibkan ke atas kamu untuk berpuasa" tetapi dari kata asalnya kutiba Allah tidak menyebut siapa yang memerintah. Maka secara Pisikologis perintah itu dirasakan agak ringan walaupun pada hakikatnya menehan diri dari makan dan minum dan melakukan hubungan suami isteri disiang hari bukanlah suatu hal yang mudah untuk ditinggalkan. Tetapi ia adalah hal yang mesti diambil berat tentang larangan tersebut.

Dispensasi (Rukhshah)
 Rukhsah atau keringanan ini diberikan kepada :
1. Orang-orang yang sakit
2. Orang-orang yang sedang musafir

Mereka ini boleh untuk tidak berpuasa pada bulan ramadhan, tetapi mereka wajib menggantikannya pada waktu yang lain bukan bulan ramadhan iaitu mengqadha'kannya.

Fiman  Allah yang bermaksud :
" Barang siapa yang sakit atau sedang dalam perjalanan,
maka hendaklah ia mengqadha' puasanya dihari lain
 menurut bilangan hari ia berbuka." (QS Al Baqarah : 185)

 Khusus bagi yang tidak mampu fizikalnya kerana terlalu tua atau sakit yang berpanjangan atau lemah fizikal sejak lahirnya lagi, mereka diperkenankan untuk tidak berpuasa tidak pula diwajibkan untuk menggantinya, tetapi hanya diwajibkan membayar fidyah iaitu memberi makan seorang miskin setiap hari selama hari-hari puasanya yang tertinggal tersebut. Para ahli tafsir menetapkan orang yang tidak mampu digolongkan.
1. Orang yang sudah lanjut usia yang tua renta
2. Orang yang mengidap penyakit yang berbahaya dan kronik dan sebagainya.

Firman  Allah yang bermaksud :
" Dan atas orang yang kuasa, tetapi amat payah melakukannya
(kerana tua, lemah dan sebagainya)hendaklah membayar
 fidyah memberi makan orang miskin."  (QS. Al Baqarah : 184)

Sementara itu bagi perempuan yang hamil atau yang sedang menyusukan anaknya yang bimbang berbahaya kepada dirinya atau anaknya kalau ia berpuasa. Bagi perempuan datang bulan (haidh) dan nifas selepas melahirkan anak, maka diwajibkan mengkqadha'kannya pada hari-hari yang lain selain dari bulan ramadhan.

Tetapi kalau semata-mata takut membawa mudarat terhadap anak kedua-duanya seperti kurang susu atau boleh jadi keguguran atau mungkin membawa akibat kepada anak. Maka ia boleh berbuka dan wajib qadha' dan wajib fidyah memberi makan seorang miskin mengikut jumlah hari qadha' puasanya.

Sabda  Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Dari Anas, telah bersabda Rasulullah s.a.w."Sesungguhnya Allah s.w.t. telah melepaskan orang yang berjalan (musafir) dari kewajiban berpuasa dan sebahagian dari sembahyang dan terhadap perempuan yang hamil dan yang menyusukan. Allah telah melepaskan kewajiban puasa dari kedua-duanya."  (HR. Lima Ahli Hadis)

Sebagai pekerja-pekerja atau buruh kasar yang kerjanya terlalu berat seperti buruh lombong, buruh bangunan dan lain-lain yang dikategori sebagai berat dan kasar amat memenatkan, bahawa ajaran Islam tidak meletakkan kepada suatu kriteria yang khusus, ia lebih kepada kondisi sebagai pertimbangan dalam menetapkan sesuatu kewajiban samada diringankan atau dikurangkan beban kerja tersebut. Namun apabila usaha tersebut tidak ada jalan lain untuk boleh tidak melaku puasa tersebut, dan sememangnya tidak ada suatu sumber hukum yang boleh lepas dari tuntutan syari'ah melainkan seseorang muslim itu mesti patuh seadanya. Jika terpaksa juga maka ia dilihat kepada kondisi yang membolehkan seseorang itu berbuka dan terikat pula untuk menqadha'kannya dihari yang lain, tetapi bukan membolehkan untuk tidak berpuasa dibulan ramadhan tersebut.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
 " Allah menghendaki kemudahan bagi mu, bukan kesukaran."   (QS. Al Baqarah : 185)

Firman Allah ayat yang lain bermaksud :
 " Allah s.w.t. tidak membebani seseorang melainkan sesuai
dengan kesanggupannya."  (QS. Al Baqarah : 286)

Maka keadaan demikian itulah terletaknya, kerahiman dan keadilan Ilahi dalam bebanan, iaitu menurut kemampuan masing-masing berdasarkan ukuran yang objektif seperti dinyatakan dalam Al Qur'an tersebut di atas, namun tetap terikat kewajibannya untuk membayarnya pada waktu atau masa yang lain, dan sementara itu firman Allah tersebut sebagai dasar hukum yang agak universal yang juga berlaku kepada kes-kes lain yang diberikan despensasi (rukhshah).

Implikasi Taqwa.
 Taqwa merupakan puncak yang dituju ia adalah tahap terakhir perjalanan keimanan seseorang mukmin. Maka hal ini dijelaslah kepada kita oleh Al Qur'an. Ayat Al Qur'an yang dinyatakan diatas dimulai dengan kalimah orang-orang yang beriman (Allazinaamanu ) kemudian diikuti pula dengan kalimah taqwa (Laal lakum tat taqun). Maka bagi seseorang Islam, Allah sentiasa menawarkan kepada orang yang beriman untuk menggapai darjah taqwa tersebut, apabila datangnya tiap-tiap kali bulan ramadhan yang mubarak ini.

Imam Al Ghazali melakarkan rangka orang yang bertaqwa itu dengan sifat-sifat seperti berikut :
1. Lidah orang yang bertaqwa itu terpelihara dari berbohong, mencela dan menyakiti orang lain.
2. Hati seorang yang bertaqwa itu terhindar dari sifat dengki, benci, pendendam dll.
3. Mata orang yang bertaqwa itu terhindar dari memandang perkara-perkara yang terlarang atau maksiat.
4. Perutnya tidak akan menerima makanan-makanan yang haram.
5. Tangannya tidak diperguna untuk mengambil hak orang lain dan benda-benda yang diharamkan.
6. Kakinya tidak melangkah ketempat yang menawarkan perkara-perkara mungkar dan maksiat.
7. Seseorang itu apabila melakukan sesuatu, lakukan dengan penuh patuh dan ikhlas kepada Allah,
dan bukan kerana riya' atau mengharapkan sanjungan dari orang lain, baik dalam kehidupan
individunya, masyarakat dan negaranaya.

 Firman Allah yang  bermaksud :
 " Sesungguhnya orang yang taqwa (muttaqin) mendapat kemenagan."  (QS. An Nabaa' : 31)

Kemenangan itu tidak selalunya muncul dengan mudah, walaupun ia merupakan anugerah Allah. Kemenangan itu telah distruktur melalui jalur-jalur dan rangkaiannya, iaitu keimanan, kepatuhan, niat dan ke ikhlasan untuk terus ketahap puncaknya ialah ketaqwaan yang boleh diberi tahapan anugerah mafaazan (kemenangan).

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...