Zikir penenang hati VS Doa penenang hati
Mari kita telusuri bersama hikmah kedua-dua medium ini.
Zikir dari segi bahasanya ialah ingat, yakni megingati sesuatu. Dengan kata lain Zikrullah yaitu mengingati Allah. Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Maka zikir itu sendiri berfungsi sebagai penenang hati. Namun adakah zikir tertentu yang diketagorikan sebagai Zikir Penenang hati? Ya, ada. Zikir juga adalah irama yang menenang jiwa, maka jika anda dapati zikir-zikir yang dapat menenang jiwa anda pada ketika itu; maka itulah Zikir Penenang hati.
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya; ” Orang yang berzikir kepada Allah di tengah-tengah orang yang lalai seperti pahlawan di tengah para pengecut.”
Telah berkata Abu Darda’; Rasulullah SAW bersabda: “Tidakkah ku khabarkan kepadamu, amalanmu yang terbaik dan tersuci di sisi Rajamu, serta lebih mengangkat darjatmu dan lebih baik bagimu daripada memberi wang dan emas, bahkan lebih baik bagimu daripada engkau memerangi musuhmu lalu kau pukul leher mereka dan mereka pukul lehermu?” Mereka bertanya: “Apakah itu ya Rasulullah?” Rasulullah SAW menjawab; “Ialah zikir kepada Allah selalu”.
Terdapat banyak zikir penenang hati yang boleh anda amalkan, contohnya:
~Subhanallah, walhamdulillah, wala ilaha illAllah wallahu akbar..
~La haula wala quwata illa billah..
dan pelbagai lagi jenis zikir penenang hati. Anda boleh dapatkan mp3 atau cd zikir penenang hati oleh ahli nasyid seperti Hijjaz, Raihan, Rabbani dan sebagainya..
Baiklah, anda masih ingat zikir dodoian ibu anda ketika anda kecil dahulu? Tatkala ibu anda tidurkan anda? atau nenek anda? ya.. zikir-zikir seperti itu juga dapat anda jadikan zikir penenang hati ketika jiwa anda sedang gundah-gulana. Bahkan dinasihatkan supaya anda jadikan zikir-zikir tersebut sebagai amalan supaya sebati dengan hati sanubari anda, pendek kata sentiasa basahkan lidah anda dengan berzikir. Anda disyorkan mengamalkan zikir di dalam bahasa Arab yang diambil daripada Al-Quran dan Sunnah dan harus fahami maknanya. Anda berzikir dalam masa yang sama memperoleh pahala.
Mengenai doa penenang hati pula, perkataan doa itu sendiri mebawa maksud memohon, merayu. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan aku perkenankan”. Maka doa penenang hati adalah pemohonan anda kepada Allah Ta’ala agar menenangkan hati anda yang sedang gundah.
Saya ambil contoh; Sekiranya anda mempunyai masalah, anda akan mencari orang yang terdekat seperti sahabat rapat, ibu, kakak untuk mengadu tentang masalah anda itu. Walaupun mereka tidak dapat menyelesaikan masalah anda, namun dengan memberitahu mereka sahaja mengenai masalah anda itu sudah cukup untuk mengurangkan beban masalah anda, seraya anda mengeluh “Alhamdulillah..huh, lega rasanya lepas aku memberitahu masalah ini”.
Begitu juga dengan konsep doa. Anda berdoa mengeluh kepada Allah supaya diberi ketabahan kepada anda menghadapi masalah tersebut. Untuk Doa penenag hati, disyorkan anda berdoa di dalam bahasa anda sendiri supaya ia lebih ikhlas. Waktu yang sesuai untuk anda berdoa menenagkan hati anda adalah pada waktu sepertiga malam, pada waktu ini adalah waktu yang amat tenang sekali.
Contoh doa penenang hati yang boleh anda amalkan;
Ya Allah… gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,
di tempat kedukaan dgn kegembiraan
dan di tempat ketakutan dgn keamanan
Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dgn salji keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa dgn air keimanan..
Ya Allah..buatlah mata yg tdk mahu lelap
merasa mengantuk yg memberi ketenangan,
dan letakkanlah di jiwa yg goncang ini kedamaian,
dan berilah balasan baginya
dgn kejayan yg sudah hampir
Ya Allah… halakanlah kebingungan pandangan hatiku kpd nur cahaya-MU
dan tindakan-tindakan ku yg keliru kpd jalan MU yg lurus..
dan palingkanlah org2 yg menyimpang dari jalan MU
kpd hidayah MU
Ya Allah… lenyapkanlah was-was dgn fajar cahaya kebenaran,
dan hapuskanlah jiwa yg resah dgn falak kebenaran,
dan tolaklah tipu daya syaitan dgn tentera bantuan-MU
dlm keadaan terhina…
Ya Allah,lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah kesedihanku,
sembuhkanlah kesakitanku.. dan halaulah keresahan dari jiwaku…
Ya Rabb…Ya Tuhanku… Daku berlindung kpd-MU
dari rasa takut,kami bersandar dan berserah hanya kpd -MU,
Daku tdk meminta tolong melainkn kpd-Mu
Engkaulah pemelihara ku….
sebaik2 pelindung dan penolong…
Ameen YA ALLAH
Sumber: LINK
Zikir penenang hati VS Doa penenang hati? Jangan anda pisahkan kedua-dua elemen penting ini, satukan keduanya.. Anda berzikir dan pada masa yang sama anda berdoa, pendek kata; zikir itu doa, dan doa itu zikir. Kedua-duanya dapat menenangkan hati sanubari anda.
Saya berharap entri ini dapat memberi anda penjelasan tentang betapa pentingnya zikir dan doa yang berfungsi menenagkan hati manusia. Ketahuilah bahwasanya semua ciptaan Allah atau makhluk Allah tidak kira di langit atau dibumi turut berzikir. Sekian
0 comments:
Post a Comment