Muhasabah Harian Muslim – Daftar muhasabah harian
Muhasabah bermaksud hitung dan pengiraan, seperti perkataan Ilmu Hisab iaitu Matematik, muhasabah membawa erti yang berkaitan dengan Matematik iaitu menghitung semula apa yang seorang Muslim itu lakukan sepanjang hari, minggu, bulan atau tahun. Pada masa itu, seorang Muslim perlu mengingati kembali detik-detik atau saat-saat yang diallui sepanjang tempoh 24 jam (jika sehari) itu.
Muhasabah adalah penting untuk Muslim agar mereka dapat merancang aktiviti harian mereka berlandaskan etika Islam supaya dapat membentuk peribadi Muslim yang sejati. Renungkan semula; Islamikkah kehidupan seharian kita? Berkata Saidina Umar RA: Hisablah diri kamu sebelum kamu di hisab (pada hari akhirat).
Maka dengan perkongsian ini, moga-moga dapat membantu para pembaca IslamicTazkirah.Com untuk sentiasa Muhasabah diri. Perkongsian yang berbentuk daftar muhasabah harian yang boleh dipraktikkan terus oleh anda. Berikut tersusun 36 pertanyaan yang boleh kita jadikan bahan untuk muhasabah harian, hanya pertanyaan sahaja yang diajukan tanpa jawapan, kerana setiap jawapan pasti berbeza, jawapan yang datang dari diri ANDA sendiri…
1. Apakah anda setiap hari selalu Solat Subuh berjamaah di masjid ? (bagi ikhwan lelaki)
2. Apakah anda selalu menjaga Solat yang 5 waktu berjamaah di masjid ? (bagi ikhwan lelaki)
3. Apakah anda hari ini membaca Al-Qur?an?
4. Apakah anda rutin membaca zikir setelah selesai melaksanakan Solat fardhu?
5. Apakah anda selalu menjaga Solat sunat rawatib sebelum dan sesudah Solat fardhu?
6. Apakah anda hari ini khusyu dalam Solat, menghayati apa yang anda baca ketika solat?
7. Apakah anda hari ini mengingati mati dan kubur?
8. Apakah anda hari ini mengingat hari kiamat, segala peristiwa dan kedahsyatannya?
9. Apakah anda telah memohon kepada Allah sebanyak 3 kali agar dimasukkan ke dalam Syurga?
10. Apakah anda telah meminta perlindungan kepada Allah sebanyak 3 kali agar diselamatkan dari api neraka? Kerana: “Barang siapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak 3 kali, Syurga berkata, “Wahai Allah! Masukkanlah ia ke dalam syurga”, dan barang siapa yang meminta perlindungan kepada Allah agar diselamatkan dari api neraka sebanyak 3 kali, Neraka berkata, “Wahai Allah! Selamatkan ia dari api neraka”.” (Sahih Al-Jami? No. 6151 Jilid 6)
11. Apakah anda hari ini membaca hadits Rasulullah SAW?
12. Apakah anda pernah berfikir untuk menjauhi teman-teman yang tidak baik?
13. Apakah anda telah berusaha untuk menghindari banyak tertawa dan bergurau lagha?
14. Apakah anda hari ini menangis kerana takut kepada Allah?
15. Apakah anda selalu membaca zikir (Mathurat) pagi dan petang hari?
16. Apakah anda hari ini telah memohon ampun kepada Allah atas dosa-dosa yang telah anda perbuat?
17. Apakah anda telah memohon kepada Allah dengan benar untuk mati syahid? Kerana Rasulullah Solallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa yang memohon kepada Allah dengan benar untuk mati syahid, maka Allah akan memberikan kedudukan sebagai syuhada meskipun ia meninggal di atas tempat tidurnya.” (HR. Muslim)
18. Apakah anda telah berdo’a kepada Allah agar Dia menetapkan hati anda di atas agama-Nya?
19. Apakah anda telah mengambil kesempatan untuk berdo’a kepada Allah di waktu-waktu yang mustajab?
20.Apakah anda telah membeli buku-buku Islam untuk memahami Islam? (Tentu dengan memilih buku-buku yang sesuai dengan pemahaman yang diikuti oleh para sahabat Nabi, kerana banyak juga buku-buku Islam yang tersebar di pasaran pada masa yang sama merosak pemahaman Islam yang benar).
21. Apakah anda memohon keampunan kepada Allah untuk saudara-saudara mukminin dan mukminah? Kerana dengan mendo’akan mereka anda mendapat kebaikan pula. (Shahih Al-Jami? No. 5902)
22. Apakah anda telah memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya atas nikmat Islam?
23. Apakah anda telah memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya atas nikmat mata, telinga, hati dan segala nikmat lainnya?
24. Apakah hari ini anda telah bersedekah kepada fakir miskin dan orang-orang yang memerlukan?
25. Apakah anda dapat menahan amarah yang disebabkan kerana urusan pribadi dan berusaha untuk marah kerana Allah semata?
26. Apakah anda telah berusaha untuk selalu menjauhkan diri dari sikap sombong dan membanggakan diri?
27. Apakah anda telah mengunjungi saudara-saudara seiman dan seagama (ikhlas kerana Allah semata)?
28. Apakah anda telah berdakwah untuk keluarga, saudara-saudara, jiran tetangga, dan siapa saja yang yang ada hubungannya dengan diri anda?
29. Apakah anda termasuk orang yang berbakti kepada orang tua?
30. Apakah anda selalu mengucapkan “Innaa Lillaahi wa Innaa Ilaihi Raaji’uun? Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami kembali kepada-Nya” jika anda mendapat musibah dari Allah? Kerana Rasulullah solallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Hendaklah masing-masing kalian melakukan istirja? (mengucapkan Innaa Lillaahi wa Innaa Ilaihi Raaji?uun) pada setiap hal meskipun ketika tali sandalnya putus kerana hal itu termasuk musibah.” (Hadits Hasan, lihat Shahih Al-Kalimut Thayyib No. 140)
31. Apakah anda hari ini mengucapkan do’a: “Allahumma Innii A’uudzubika an Usyrikabika wa Anaa A’lam wa Astaghfiruka Limaa laa A’lam? Maksudnya: Ya allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari menyekutukan-Mu sedangkan aku mengetahui dan aku memohon ampunan-Mu terhadap apa-apa yang tidak aku ketahui.” (Shahih Al-Jami? No. 3625). Barang siapa yang mengucapkannya maka Allah akan menjauhkan darinya dari syirik besar dan syirik kecil.
32. Apakah anda selalu berbuat baik kepada jiran tetangga?
33. Apakah anda telah membersihkan hati daripada sifat sombong, riya, hasad dan dengki?
34. Apakah anda telah membersihkan lisan anda daripada perkataan dusta, mengumpat, mengadu domba, berdebat dan berbuat serta berkata yang tidak ada manfaatnya?
35. Apakah anda selalu takut kepada Allah dalam hal penghasilan, makanan, minuman dan pakaian?
36. Apakah anda selalu bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya di segala waktu atas segala dosa dan kesalahan?
… demikian persoalan-persoalan Muhasabah yang boleh pembaca jadikan panduan harian untuk menilai diri. Jawapan ada pada diri anda. Siapa aku disisi Tuhanku? Sekian..wAllahu ‘alam fi kulli syaik.
0 comments:
Post a Comment