Subscribe:

MATIKU HIDUPKU HANYA UNTUKMU YA ALLAH

Labels

Monday, August 29, 2011

Mengekalkan nikmat Aidilfitri, merdeka

Jangan biar perbezaan politik jejas keharmonian serta keamanan negara

SELAMAT menyambut hari raya kepada seluruh umat Islam. Saya mengambil peluang ini untuk memohon ampun maaf, zahir dan batin, sekiranya ada salah dan silap dalam berbahasa, kepada semua pembaca yang setia mengikuti tulisan saya saban minggu.
Selamat hari merdeka juga. Ramai yang menyebut merdeka raya untuk sambutan tahun ini kerana gabungan kedua-dua hari penting ini walaupun berselang sehari. Alhamdulillah kita dipanjangkan usia untuk merasai nikmat dan rahmat Ramadan dan seterusnya menyambut Aidilfitri. Kita juga berjaya mendapatkan kemerdekaan dan seterusnya menikmati kesentosaan dan kemewahan.
Kita sanggup bertelagah sesama Islam hatta dalam hal yang membabitkan akidah seperti perkara berkaitan penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang Islam. Mungkin tidak salah untuk kita menubuh atau menyertai parti politik, tetapi amat salah untuk kita menggunakan parti politik bagi kepentingan diri sendiri

Semoga kita semua menyambut kedua-dua hari kejayaan ini dengan penuh keinsafan dan tidak lupa mengucap syukur kepada Allah SWT dengan kehidupan dan kenikmatan yang dicurahkan Yang Maha Esa ini.

Umat Islam sudah tentu akan merindui Ramadan lagi; entah berjumpa entah tidak pada tahun depan. Namun yang pasti, kita hendaklah sentiasa berusaha menambah sumbangan kepada agama dan meneruskan tabiat baik dan ketakwaan yang cuba dibina ketika Ramadan. Kebimbangan untuk kita bagaimanapun masih lagi menjenguk. Kita bimbangkan kelangsungan dan kedudukan agama Islam selepas berlakunya beberapa perkara yang menggugat agama berkenaan berlaku.

Sepanjang Ramadan tahun ini, ada saja laporan dan perdebatan berkisar agama Islam di negara ini. Walaupun kita yakin Islam sentiasa dijaga Allah SWT, ia tetap menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga agama itu.
Kita tidak harus memandang remeh perkara ini. Kita hendaklah sentiasa bersatu padu dalam menangani perkara yang boleh mencemarkan dan menjatuhkan maruah agama Islam dan melupakan fahaman dan anutan politik.

Berkenaan politik dan Islam, saya teringat kebimbangan dilontarkan oleh sesetengah cendekiawan Islam terdahulu yang menentang penubuhan parti politik. Bagi cendekiawan ini mereka menentang penubuhan parti politik kerana pertubuhan seumpama ini akan memecahbelahkan umat Islam.

Melihat kepada situasi kita hari ini, kebimbangan mereka itu sudah terbukti benar. Kita sanggup bertelagah sesama Islam hatta dalam hal yang membabitkan akidah seperti perkara berkaitan penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang Islam.

Mungkin tidak salah untuk kita menubuh atau menyertai parti politik, tetapi amat salah untuk kita menggunakan parti politik bagi kepentingan diri sendiri dan jumlah undi. Tujuan setiap pertubuhan seperti yang dibenar dan digalakkan Islam, hanyalah untuk bantu membantu dalam urusan kebaikan, bukan kejahatan.

Sementara itu kemerdekaan sudah berada di tangan kita selama 54 tahun. Adakah kita yakin kita akan dapat menggenggam kemerdekaan itu selamanya? Mungkin kita boleh sama-sama bertanyakan diri, adakah kita berusaha secukupnya untuk menjaga kemerdekaan ini?

Berapa banyak negara di dunia yang pada luarannya sudah merdeka, tetapi kedaulatan negara berkenaan dicabul oleh kuasa asing, sama ada secara fizikal serta nyata atau secara berselindung.

Pelbagai alasan dibuat oleh kuasa besar dunia untuk menghalalkan pencabulan mereka ke atas negara berdaulat itu. Andainya kita gagal menjaga kemerdekaan ini kita juga tidak terkecuali untuk dijajah semula, dalam apa bentuk sekalipun. Ini amat menakutkan.

Pernahkah pembaca membayangkan keadaan sambutan hari raya sebelum kemerdekaan. Meriahkah sambutan hari raya ketika pemerintahan British ataupun Jepun? Adakah ia semeriah atau semewah kita menyambutnya pada hari ini?

Jawapannya sudah pasti. Sudah tentu ia tidak sama seperti hari ini. Mungkin kita sendiri, anak atau cucu kita patut bertanya keadaan sebenar sambutan hari raya sebelum merdeka kepada datuk, nenek atau moyang yang masih ada untuk dinilai kegembiraan dan kemewahannya supaya kita dapat menghargai kemerdekaan ini.

Justeru, seperti sentiasa diingatkan, sama ada oleh pemimpin atau rakan, kemerdekaan yang kita nikmati sehingga ke hari ini perlulah sentiasa dijaga dengan rapi.

Mungkin kita tidak dapat belajar secara tepat daripada mana-mana negara lain di dunia mengenai formula untuk mengisi dan menjaga kemerdekaan ini.

Ini kerana keadaan setempat, masalah dan kelebihan kita tidak sama dengan tempat lain. Namun begitu, sudah tentu kita tahu, ia amat bergantung kepada kita sendiri. Kita semua adalah teras kepada hala tuju dan kelangsungan kemerdekaan negara. Kita adalah penentunya.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab semua lapisan, pemimpin dan rakyat untuk memastikan kemerdekaan sentiasa selamat di dalam genggaman dan kemerdekaan sentiasa diisi dengan kesentosaan, keharmonian dan kemakmuran.

Saya percaya kata-kata sebegini sentiasa disebut, mungkin setiap hari pembaca mendengar atau membacanya, terutama pada bulan kemerdekaan ini. Namun, kita tidak boleh mengambil mudah mengenainya. Ia sentiasa perlu disemat di dalam jiwa dan raga kita.

Penulis ialah Profesor Madya Kulliyyah Undang-Undang
Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
MANFAAT PUASA ENAM HARI SYAWAL


Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti enam hari pada bulan Syawal, maka pahalanya sama dengan puasa satu tahun" (HR. Muslim).

Puasa enam hari pada bulan Syawal termasuk puasa sunnat. Rasulullah saw sangat menganjurkannya, sampai dalam hadits di atas pahalanya sama dengan pahala satu tahun.

Abu Hurairah berkata: "Pahalanya satu tahun, karena setiap hari pahalanya sama dengan puasa sepuluh hari. Tiga puluh hari ramadhan sama dengan tiga ratus hari ditambah enam hari bulan syawal sama dengan enam puluh hari, sehingga jumlah seluruhnya adalah tiga ratus enam puluh hari yakni satu tahun. Hal ini, karena Allah berfirman: "Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya" (QS. Al-An'am: 160)".

Puasa ini boleh dilakukan berurutan sejak tanggal dua syawal, sebagaimana pendapat Imam Syafi'i, atau boleh juga tidak berurutan yang penting enam hari pada bulan Syawal sebagaimana pendapat Jumhur ulama seperti Imam Waki' dan Imam Ahmad.

Di antara manfaat puasa Syawal ini sebagaimana dituturkan Ibnu Rajab adalah sebagai berikut:

Pertama, puasa enam hari pada bulan Syawal pahalanya sama dengan puasa satu tahun penuh sebagaimana disebutkan dalam hadits di atas.

Kedua, puasa pada bulan Syawal dan Sya'ban seperti shalat sunnat rawatib. Fungsinya untuk menyempurnakan kekurangan-kekurangan dalam shalat wajib. Karena, kelak pada hari Kiamat, pahala wajib dapat disempurnakan dengan amalan sunnat.

Ketiga, dengan puasa enam hari pada bulan Syawal di antara ciri puasa Ramadhannya diterima oleh Allah, karena apabila Allah menerima amal ibadah seseorang, Allah akan memudahkan orang tersebut untuk melakukan amal shaleh lainnya. Para ulama berkata: "Pahala kebaikan adalah dengan kebaikan setelahnya. Siapa yang melakukan kebaikan, lalu setelahnya diikuti dengan kebaikan lainnya, maka itu bukti diterimanya kebaikan pertama".

Keempat, puasa enam hari di bulan Syawal di antara cara bersyukur kepada Allah. Orang yang berpuasa Ramadhan berhak mendapatkan ampunan (maghfirah) dari Allah atas segala dosa-dosanya yang telah lalu, dan tidak ada nikmat yang paling berharga selain pengampunan Allah. Karena itu, mereka yang telah berpuasa Ramadhan patut bersyukur atas nikmat ini, di antaranya dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal. "Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya, hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, dan supaya kamu bersyukur" (QS. Al-Baqarah: 185).

Kelima, puasa enam hari pada bulan Syawal, bukti bahwa kebaikan dan amal shaleh tidak berakhir seiring berlalunya Ramadhan, akan tetapi terus berlanjut selama hidup. Seorang ulama shaleh, Bisyir, pernah ditanya tentang orang-orang yang hanya beribadah pada bulan Ramadhan, ia menjawab: "Sejahat-jahat kaum adalah mereka yang hanya mengenal dan menyembah Allah pada bulan Ramadhan saja".

Imam as-Syibly pernah ditanya: "Mana yang paling utama; apakah bulan Sya'ban atau bulan Ramadhan?" Ia menjawab: "Jadilah hamba yang menyembah Allah (rabbaniyyan) bukan yang menyembah bulan Ramadhan (ramadhaniyyan)".

Marilah kita mulai dari sekarang untuk melakukan puasa sunnat enam hari di bulan Syawal ini. Di tengah orang-orang asik makan minum sementara kita berpuasa, sungguh tersimpan pahala yang sangat luar biasa. Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya apabila orang yang sedang berpuasa berada di tengah-tengah orang-orang berbuka, maka seluruh anggota tubuhnya bertasbih kepada Allah, serta para malaikat mendoakannya: "Ya Allah, ampunilah segala dosa dan kesalahannya serta sayangilah dia" (HR. Ibnu Majah). Semoga.

pejam celik pejam celik…bulan Ramadhan tahun nieh pun dah nak tiba…pintu bulan Ramadhan pun dah nak terbuka kepada semua untuk kejar amalan pahala…tu apa yang ustazah aku pernah cakap pasal bulan Ramadhan nieh dan juga apa yang aku telah belajar semasa di sekolah dulu…kalau nak tahu,bulan Ramadhan adalah bulan yang ditunggu atau dinantikan oleh setiap umat Islam seluruh negara…sebab terdapat banyak kelebihan atau fadhilat bulan Ramadhan nieh…

bulan Ramadhan adalah bulan kedatangan selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya’ban…bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan…kalau time aku dekat asrama,bulan puasa nieh la kiteorang semua pakat tido ramai-ramai kat surau sebab nak dapatkan pahala ataupun dengan kata lain nak kejar ganjaran yang ada pada bulan Ramadhan nieh…



antara kelebihan bulan Ramadhan nieh adalah ;
1. Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.

2. Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000
bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.

3. Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk
memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.

4. Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.

5. Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.

6. Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa
kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.

kalau nak rasa lagi faham dengan kelebihan bulan Ramadhan nieh boleh tengok Anuar Hadi and kawan dia menceritakan fadhilat dan juga aktiviti yang boleh kita lakukan di bulan yang penuh dengan keberkatan nieh…
diharapkan kita semua dapat gunakan kelebihan bulan Ramadhan nieh dengan penuh amalan yang mendatangkan faedah dan juga pahala…time-time macam nieh la kita nak dekatkan diri kita dengan Allah yang selama nieh mungkin kita jauh dari mengingati dia…

KELEBIHAN PUASA SUNAT ENAM HARI BULAN SYAWAL

http://www.ukhwah.com/



Kesempurnaan ibadat seseorang Islam bukan sekadar terletak kepada amalan-amalan fardhu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T., malah ia turut ditampung oleh amalan-amalan sunat di dalam memperindahkan lagi mutu ibadat yang dilakukan.

Seumpama solat yang menjadi amalan terawal dihisab di Padang Mahsyar kelak, dinilai terlebih dahulu akan solat wajib yang dilakukan, dan jika terdapat kekurangan, ia akan dilihat melalui amalan solat sunat bagi menampung mana-mana kekurangan solat fardhu. Begitu juga amalan berpuasa. Kecantikan puasa wajib Ramadhan jika ditambah dengan puasa-puasa sunat adalah terlebih indah dan baik daripada hanya bergantung kepada puasa Ramadhan semata-mata.

Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”

Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus langsung dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.

Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.

Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.

Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.

Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.

Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.

Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?

Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.

Sebagai kesimpulannya, adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

Monday, August 22, 2011


HARI RAYA AIDIL ADHA



Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidil Adha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidil Adha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidil Adha serta khutbah Aidil Adha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang cantik, bersih dan mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak dua rakaat yang diadakan pada sebelah pagi.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Kelebihan Hari Raya


Kemuliaan Hari Aidil Fitri diterangkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah di dalam beberapa hadisnya. Oleh itu umat Islam amat digalakkan untuk menghidupkan malam Hari Raya sama ada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Korban.

Sehubungan dengan inilah Allah berfirman di dalam Al Quran menerusi ayat 185 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan (hari terakhir Ramadan 30 hari) dan kamu mengagungkan Allah (bertakbir raya) atas petunjuk-Nya yang dianugerahkan kepada kamu agar kamu menjadi orang-orang yang bersyukur." Kemuliaan Hari Raya juga diterangkan di dalam Hadis seperti sabda 

Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda barang siapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang yang kafir ingkar pada hari kiamat.

Daripada hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa Hari Raya satu perkara yang disyariatkan dalam Islam dan pada Hari Kiamat kelak orang-orang yang beriman dan beramal soleh hatinya hidup bahagia dan gembira kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredaan Allah azzawajallah hasil daripada amal-amal kebajikan yang mereka kerjakan di dunia seperti berpuasa di bulan Ramadan.

 Sebaliknya orang yang kufur dan ingkar hatinya mati mereka hampa dan kecewa pada hari itu kerana dimurkai oleh Allah dan mereka ditimpa dengan seburuk-buruk balasan. Terdapat juga hadis-hadis yang lain yang menceritakan tentang menghidupkan malam Hari Raya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani r.a. yang bermaksud: "Barang siapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir."

Umat Islam digalakkan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan tahmid sebagai bersyukur kepada Allah bersempena dengan hari yang mulia itu. Ini diterangkan di dalam Al-Quran dan juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w. Firman Allah SWT, maksudnya: Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid kerana kamu telah mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur." Daripada hadis pula sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. maksudnya: Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid.

Di dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda daripada Anas r.a. maksudnya: Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis. Ini bermakna, seseorang muslim itu adalah digalakkan agar menghidupkan malam hari raya dengan amalan-amalan yang boleh mendekatkan dirinya kepada Allah bagi menjamin hatinya tidak akan mati pada hari kiamat.

Adalah lebih baik mengemas rumah, menjahit baju yang masih belum siap, menggosok pakaian raya untuk persiapan solat pagi raya bagi membesarkan Allah, menggantung langsir dengan niat mencantikkan rumah, kerana Allah suka kepada yang indah dan cantik, daripada menghabiskan sepanjang malam raya dengan menonton rancangan televisen, apatah lagi rancangan hiburan, filem, seloka Aidilfitri, mendengar lagu raya yang mengasyikkan, kerana tindakan itu sedikit sebanyak boleh menjejas pahala yang kita raih sepanjang bulan Ramadan.

Aktiviti pagi raya
1. Aidilfitri digalakkan bersarapan terlebih dahulu.
2. Mengenakan pakaian raya yang baru (tapi ia bukan satu kemestian) serta berwangi-wangian bagi orang lelaki.
3. Bersegera pergi ke tempat solat, sama ada masjid, surau, dewan terbuka atau di tanah lapang, iaitu dengan melalui jalan lain dari jalan yang dilalui sebelum menunaikan solat.
4. Antara amalan yang patut dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri.
5. Pada pagi Hari Raya, umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin.
6. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah jiran tetangga, sanak saudara dan rakan taulan.
Ini kerana mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.
7. Menceriakan suasana hari raya dengan memberi anak-anak sampul duit raya (sebagai amalan 'idkhal as-surur' iaitu menggembirakan orang lain terutama kanak-kanak.) - mks.

Sunday, August 21, 2011



JAUHI SYIRIK EMAS & PERAK. NIATLAH UNTUK TEGAKKAN MATAWANG SUNNAH







Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...


Kami mulakan dengan sepotong Hadis Nabi SAW yang sangat popular pada hari ini :

"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)" - Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

Hadis ini semakin disebut-sebut di kalangan masyarakat sekeliling, baik yang muda mahu pun berusia, oleh golongan berserban mahu pun bertali leher, sama ada dari mulut seorang ustaz atau dari lidah seorang berminda sekular. Wah, semakin ramai umat Islam mula menyampaikan pesanan Baginda SAW.. Apakah ini tanda-tanda awal kebangkitan umat Islam akhir zaman ? Benarkah begitu ?

Bila diamati bukan semua yang menyebut-nyebut Hadis berkenaan berniat untuk menyeru kepada kebangkitan umat Islam secara menyeluruh. Sangat menyedihkan kerana majoritinya adalah manusia yang sebenarnya jarang (atau mungkin tak pernah) berpesan-pesan dan berdakwah tentang agama Islam, tetapi tiba-tiba menjadi orang yang paling kerap membicarakan hadis tersebut kepada hampir semua rakan dan temannya. Jika bukan kerana agama ALLAH, apakah niat golongan sebegini sebenarnya ?

Mungkin saudara sendiri sudah dapat mengagak jawapannya - KEBANYAKANnya kerana mereka menjual dinar & dirham (emas & perak)..

Fenomena Emas dan Perak Hari Ini

Sudah tentu majoriti dari kita semua di sini telah sedar tentang meningkatnya perhatian manusia hari ini terhadap emas dan perak. Betapa hebatnya penangan logam berharga ini apabila semakin banyak pengeluar emas & perak di pasaran sekarang, begitu juga semakin ramainya rakyat marhaen yang mula menyimpan emas & perak. Apa agaknya yang menyebabkan fenomena emas & perak ini semakin menular di kalangan masyarakat waktu ini ? Sebab yang paling utama mendorong situasi ini adalah kejatuhan nilai matawang sedunia yang diramalkan berlaku tak lama lagi sehingga wang kertas tidak lagi laku nilainya hatta 'seposen' pun.
Maka berbondong-bondonglah umat manusia mengejar emas & perak untuk dijadikan simpanan bagi melindungi harta kekayaan yang mereka bina dari wang kertas selama ini. Melihat kepada trend permintaan yang tinggi terhadap logam berharga ini maka semakin bercambahlah pengeluar emas & perak menawarkan stok bekalan di samping mengaut keuntungan hasil jual beli emas & perak. Begitu jugalah membiaknya ejen penjual dan pengedar yang mengejar komisyen lumayan setiap transaksi jual beli emas & perak yang berjaya dilakukan.

Sekilas pandang fenomena ini adalah sesuatu yang positif kerana umat Islam khasnya telah mula sedar betapa emas & perak adalah ukuran kekayaan sebenar bukannya wang kertas fiat ciptaan Yahudi Zionis yang susutnilainya semakin parah. Secara tidak langsung kesedaran ini telah menjadi titik tolak kepada semakin ramai umat Islam mula menyimpan emas & perak. Maka tersenyum lebarlah para ejen pengedar dan penjual emas & perak menikmati komisyen mereka yang boleh mencecah 4-5 angka sebulan. Malah ada yang sudah bergelar jutawan dalam tempoh singkat dengan bermodalkan fakta tentang zaman kejatuhan matawang kertas sedunia yang semakin hampir di samping menjadikan Hadis Nabi SAW di atas sebagai penguat hujah mereka ketika memancing pembeli.

Namun di sebalik kesedaran umat Islam kembali kepada sunnah emas & perak dan kejayaan pengedar/penjual meraih pendapatan lumayan hasil dari jual beli emas & perak, terselit KEMUNGKARAN yang semakin berleluasa. Adakah saudara sekalian sedar dan faham apa yang kami maksudkan ? Atau kalian hanya nampak fenomena emas & perak ini dari sudut kebaikan semata-mata ? Jika ada yang masih belum faham KEMUNGKARAN yang kami maksudkan, JOM! ikut kami melihat fenomena ini dengan mata hati yang tunduk kepada syariat Islam bukan dari kaca mata zahir yang cenderung terpesona kepada kekayaan dunia semata-mata.

Syirik Emas & Perak ?

Perihal syirik sangat luas, kami akan beri sedikit penerangan tentang syirik secara ringkas yang berkaitan dengan skop artikel ini saja. Syirik secara umumnya bermaksud perbuatan menyekutukan ALLAH sama ada dalam bentuk perkataan, pegangan, perbuatan atau iktikad. Ini jelas menunjukkan terdapat banyak bentuk dan cabang syirik bukan hanya menyembah selain dari ALLAH semata-mata. Dalam konteks fenomena emas & perak pada hari ini, terdapat dua bentuk syirik yang sangat ketara berlaku di kalangan 

PENJUAL/PENGEDAR dan PEMBELI/PENYIMPAN iaitu :
Kepercayaan bahawa emas & perak mampu menyelamatkan manusia dari bencana ekonomi dan matawang dunia
Menghalalkan sesuatu yang jelas telah diharamkan oleh ALLAH SWT iaitu riba

Syirik bentuk yang pertama di atas kerap berlaku sama ada secara sedar atau tidak oleh si pelaku. Bagi kebanyakan PEMBELI/PENYIMPAN emas & perak, tujuan utama mereka membeli dan menyimpan logam tersebut adalah kerana takut menjadi miskin sekelip mata akibat dari bencana ekonomi dan kejatuhan matawang kertas pada masa akan datang. Mereka menganggap emas & perak sebagai penyelamat dan pelindung kepada harta kekayaan mereka.

Syirik kedua pula sering berlaku di kalangan PENJUAL/PENGEDAR dan PEMBELI/PENYIMPAN. Ramai penjual/pengedar menggalakkan pelanggannya membuat pinjaman bank yang jelas ada unsur riba yang diharam oleh ALLAH semata-mata untuk membeli emas & perak dengan pelbagai alasan sama ada sebagai persediaan menghadapi 'kiamat ekonomi' atau sebagai pelaburan yang akan memberi pulangan lumayan dalam bentuk wang kertas dalam jangka masa panjang. Kebanyakan Pembeli/Penyimpan mudah terpengaruh dan terlibat dengan pinjaman riba dengan niat untuk memanipulasi emas & perak ke atas kelemahan sistem matawang kertas demi mengaut keuntungan semata-mata.
Sesungguhnya tiada suatu pun dapat menyelamatkan kita dari sebarang bencana dan kesusahan melainkan ALLAH Yang Maha Kuasa. Jika kita ada berkilo-kilo emas & perak sekali pun, belum tentu kita akan terselamat dari bencana ekonomi jika tidak diizin ALLAH SWT. Bahkan ALLAH boleh saja mengirimkan seorang perompak pada bila-bila masa untuk melesapkan simpanan berjuta kita itu. Sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa, makhluk tiada kuasa tanpa izin dariNYA.

Sedarlah bahawa apa saja yang berkait dengan matawang kertas hari ini adalah riba kerana ia dicipta oleh musuh Islam (Yahudi Zionis) melalui cara penipuan. Apatah lagi pinjaman bank yang jelas berunsurkan penindasan dan perhambaan. Jauhilah dosa besar riba, kerana ALLAH dan Rasul mengisytiharkan perang kepada para pelaku riba.

“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orung-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba.) maka ketahuilah bahwa Allah dan RasulNya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pakok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.”(Al-Baqarah: 278-279)

Telah jelas ALLAH mengharamkan apa jua bentuk riba, jika kita masih sengaja mengamalkannya maka sangat jelas syirik kepada perintah ALLAH SWT. Jangan hanya kerana mengejar kesenangan duniawi menghalang sensitiviti mata hati kita dari mengesan kesyirikan sama ada dalam bentuk halus atau yang nyata seperti yang diterangkan di atas.

Jagalah Niat Kita Dalam Berjual Beli dan Menyimpan Emas

Realitinya masih terlalu ramai saudara Islam kita yang tidak memahami hakikat situasi dunia akhir zaman hari ini, terutama perancangan musuh-musuh Islam mencipta sistem ekonomi dan matawang yang penuh muslihat riba di dalamnya. 'Kiamat ekonomi' yang bakal berlaku tidak boleh dipandang melalui satu sisi iaitu keselamatan harta kekayaan duniawi semata-mata. Sebaliknya umat Islam yang mengkaji ilmu akhir zaman pasti akan faham betapa penting dan gentingnya untuk kita menyelamatkan IMAN dan AQIDAH kita sebagai umat Islam pada hari ini.

Hakikat bencana ekonomi yang berlaku hari ini adalah disebabkan umat manusia telah lama meninggalkan matawang sunnah terutama Dinar dan Dirham. Untuk memulihkan kembali kehancuran yang sedang dicipta oleh puak Kuffar ini adalah dengan menegakkan kembali matawang sunnah menggantikan wang kertas riba hari ini. Ini bermaksud menggunakan kembali emas & perak sepenuhnya tanpa disandarkan kepada kepentingan wang kertas riba. Maka niat kita sebagai Pengedar, Penjual, Pembeli atau Penyimpan emas & perak mesti 100% selaras dengan ajaran Al Quran dan Hadis yang menghalalkan wang sunnah dan mengharamkan riba.

Berapa ramai dari kita yang berjual beli dan menyimpan emas & perak dengan niat untuk menegakkan kembali matawang sunnah ?

Kerana itu ramai Pengedar, Penjual, Pembeli atau Penyimpan emas & perak hanya mengutamakan kepentingan diri dan mengejar kesenangan dunia semata-mata hingga melakukan perkara-perkara yang jelas dilarang oleh syariat Islam. Tidak kira sama ada kita adalah Pengedar, Penjual, Pembeli atau Penyimpan emas & perak, berpegang teguhlah kepada Aqidah Islamiyah yang meletakkan hak dan syariat ALLAH SWT di tempat tertinggi mengatasi keinginan dan kepentingan duniawi.

Tegakkanlah Matawang Sunnah, Hapuskanlah Matawang Riba

Jika kita seorang Pengedar/Penjual emas & perak, utamakanlah niat untuk membantu seberapa ramai umat Islam memiliki emas & perak sebagai langkah awal memartabatkan semula matawang sunnah. Jangan berniat mengejar keuntungan semata-mata hingga menggalakkan pelanggan yang tidak berkemampuan terlibat dengan dosa riba dari pinjaman bank.

Sebagai Pembeli/Penyimpan pula, niatkan pembelian emas & perak adalah untuk menukarkan wang kertas riba yang dimiliki manakala emas & perak yang disimpan itu bertujuan untuk digunakan sebagai matawang sunnah kelak. Jangan sesekali berniat menyimpan emas & perak sebagai pelaburan yang bertujuan mendapatkan keuntungan jangka masa panjang apabila ditukar semula ke dalam bentuk wang kertas riba.

Jika kita masih tidak berkemampuan memiliki emas & perak, jangan pernah berhajat untuk membuat pinjaman bank yang hanya akan menjebakkan diri kita ke kancah dosa tak terampun riba. Sebaliknya ketahuilah matawang sunnah bukan sekadar dinar & dirham kerana komoditi seperti beras, garam dan gula juga boleh disimpan untuk dijadikan sebagai matawang sunnah kelak.

Kesimpulan

matlamat artikel/note ini ditulis adalah untuk berkongsi pandangan kami terhadap 'niat songsang' kebanyakan mereka yang terlibat dengan jual beli dan simpanan emas sehingga boleh mengakibatkan kesyirikan kepada ALLAH SWT. Juga pendapat kami tentang kiamat ekonomi dan matawang dunia yang bakal berlaku nanti adalah disebabkan sistem ciptaan Kuffar yang sengaja menghapuskan keberkatan matawang sunnah dan menggantikannya dengan keharaman matawang riba. Kami juga menggesa umat Islam hari ini agar sedar hanya terdapat satu penyelesaian kepada 'kiamat ekonomi' yang dapat meyelamatkan kita di dunia dan di akhirat iaitu memartabatkan semula matawang sunnah serta meninggalkan sistem wang kertas riba.

Diharap nukilan ini dapat dikongsi dengan ramai saudara kita yang masih bergelumang dalam dosa riba agar mereka sedar dan kembali menegakkan semula matawang sunnah. Semoga mereka menjadikan emas & perak sebagai senjata memerangi riba bukannya menjadi hamba kepada matawang riba. Semoga hujah dan sembang si Pengedar/Penjual emas & perak selepas ini tidak lagi berkisar tentang untung rugi dan kekayaan dari skop ilmu ekonomi & kewangan sekular semata-mata, tapi berpandukan peringatan ALLAH dan Rasul tentang bahaya riba dan kewajipan menegakkan kembali matawang sunnah. Semoga niat tindakan si Pembeli/Penyimpan emas & perak memilih logam berharga itu bukan untuk mengumpul harta dunia semata tapi kerana takutkan dosa riba dan cintakan wang sunnah. InsyaALLAH..

Berbalik kepada Hadis di permulaan bicara, semoga selepas ini Pengedar dan Penjual emas & perak tidak hanya memperalatkan sabda tersebut dengan tujuan meraih untung semata-mata, tapi turut berpesan-pesan dan menyampaikan firman ALLAH dan sunnah Rasul yang mengamarankan tentang azab seksa yang menanti pelaku riba.


Wallahua'lam...



  
LAILATUL QADR YANG LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN

Malam yang terbaik dari malam-malam Ramadhan ialah malam Lailatul Qadr berdasarkan sabda baginda صلى الله عليه وسلم‎ :

“Barangsiapa yang menghidupkan Lailatul Qadr, demi keimanan dan perhitungan, diampunkan segala dosanya yang lampau.”

[Diriwayatkan oleh Asy-Syeikhan (Al-Bukhaariy dan Muslim رحمه الله) dan Imam-imam lainnya dari Abi Hurairah رضي الله عنه‎ manakala Imam Ahmad رحمه الله pula meriwayatkannya dari ‘Ubadah bin Ash-Shomit رضي الله عنه‎]


Menentukan Lailatul Qadr

Sebahagian ulama berpendapat, sebagaimana pendapat segolongan Sahabat رضي الله عنهم, Lailatul Qadr itu jatuh pada malam 27 Ramadhan secara tetap, setiap tahun dari zaman Nabi صلى الله عليه وسلم‎ sehinggalah Hari Kiamat. Maksud malam 27 Ramadhan ialah malam sebelum kita berpuasa hari yang ke-27.

Mereka berpendapat demikian bukan sembarangan tetapi tentunya dengan dalil. Menurut ahli-ahli hadits, terdapat banyak hadits-hadits yang menjelaskan penetapan malam 27 ini.

Salah satu dari hadits-hadits tersebut ialah hadits yang diriwayatkan oleh Zir bin Hubaisy رضي الله عنه‎ yang meriwayatkan :

“Aku telah mendengar Ubaiy bin Ka’ab رضي الله عنه‎ , ketika beliau diberitakan bahawa Abdullah bin Mas’ud رضي الله عنه‎ mengajarkan : Barangsiapa yang menghidupkan malam-malamnya dengan ibadat sepanjang tahun ia akan mendapatkan Lailatul Qadr. Maka kata Ubaiy رضي الله عنه‎ :

"Allah merahmati beliau (Ibnu Mas’ud), tentunya beliau mahukan agar manusia tidak lalai, demi Tuhan yang tiada sekutu bagiNya, sesungguhnya ia jatuh pada bulan Ramadhan dan demi Allah aku tahu malam yang mana satukah ia? Ia adalah malam yang Rasulullah menyuruh kami untuk menghidupkannya, malam (sebelum) pagi (tanggal) 27. Tandanya ialah matahari yang terbit pada pagi itu berwarna putih tiada pancaran padanya."

[Diriwayatkan oleh Imam Muslim dan lainnya رحمه الله - dan ia terdapat di dalam Shohih Sunan Abi Dawud]

*Tambahan: Walau bagaimanapun, di dalam kitab Sifat Shaum Nabi oleh Sheikh Saliem 'Eid al-Hilaaly dan Sheikh 'Aliy Hasan al-Halabi رحمه الله , mereka berpendapat sebagaimana pendapat sebahagian para ulama' lainnya:

“Jika seorang muslim mencari Lailatul Qadr, carilah pada malam ganjil 10 hari terakhir; malam 21, 23, 25, 27, dan 29. Kalau lemah atau tidak mampu mencari pada sepuluh malam terakhir, carilah pada malam ganjil 7 hari terakhir iaitu; malam 25, 27 dan 29. Wallahua’lam.”


Bacaan Lailatul Qadr

Dari ‘Aaisyah رضي الله عنها berkata:

“Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku tahu malam Lailatul Qadar, apa yang akan aku ucapkan?”

Baginda menjawab: “Ucapkanlah:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

“Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampun, maka ampunilah aku.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi dan Ibn Majah رحمه الله. Imam Tirmizi kata: Hadis ini hasan sahih.)

Wallahu Ta’aala a’lam.

Kajian oleh: Ustadz Abu Mazaaya

Bersedekah walau dengan sebiji kurma





SEMUA orang tahu sedekah itu besar pahalanya, malah sedekah boleh menjadi pendinding kita daripada api neraka. Walaupun bersedekah boleh dibuat pada bila-bila masa namun sepanjang bulan Ramadan, kecenderungan dan keghairahan bersedekah lebih tinggi.

Rasulullah SAW menggalakkan umat baginda bersedekah walaupun hanya dalam bentuk cuma sebelah buah kurma. Ini terbukti melalui hadis baginda yang bermaksud: Dari ‘Adi bin Hatim r.a. kata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Siapa yang sanggup mendinding dirinya dari api neraka. Walaupun dengan (bersedekah) sebelah buah kurma, maka hendaklah dia lakukan (segera). (Hadis nombor 972 daripada Kitab Terjemahan Hadis Muslim Jilid I, II,III & IV)

Satu lagi hadis baginda bermaksud: Dari ‘Adi bin Hatim r.a. kata: Bahawa Rasulullah SAW pernah bercerita mengenai mereka, lalu baginda berlindung kepada Allah daripadanya, dan memalingkan mukanya tidak kali. Kemudian baginda bersabda, Peliharalah dirimu daripada api neraka, walaupun dengan (bersedekah) sebelah buah kurma. Jika kamu tidak sanggup, maka dengan tutur kata yang baik. (Hadis nombor 973 dari Kitab Terjemahan Hadis Muslim Jilid I, II,III & IV)



Ini bermakna amalan bersedekah itu amat dituntut termasuk di kalangan mereka yang miskin. Penerima sedekah barangkali boleh memberi sebahagian daripada sedekah yang diterimanya kepada orang lain yang lebih memerlukan sedekah.

Dengan hanya sebelah buah kurma pun digalakkan bersedekah atau paling tidak pun bersedekah dalam bentuk menggunakan tutur kata yang baik, maknanya dalam konteks kita di Malaysia, tidak ada sebab untuk kita tidak bersedekah walaupun barangkali kita adalah merupakan orang sering diberi dan menerima sedekah.
Orang Malaysia tidak akan membeli hanya sebiji buah kurma untuk berbuka puasa, sebaliknya akan membeli sekotak dan akan dipilih daripada jenis yang baik, malah akan dipilih pula kurma yang diimport.

Tok fakir pun pilih kurma yang ada tangkai atau kurma segar untuk berbuka puasa. Namun, masih ramai umat Islam di negara kita yang memilih untuk menjadi penerima daripada memilih menjadi pemberi sedekah.
Ada yang sanggup sewa kereta berpemandu sehari suntuk untuk membawa satu keluarga meminta sedekah bermula pada minggu ketiga Ramadan dan jumlahnya akan bertambah bila 1 Syawal semakin dekat.
Daripada setiap tangan yang menghulur diharap paling kurang pun RM10. Kalau sekadar hulur RM5 atau RM1, apatah kalau 50 sen atau jumlahnya lebih kecil, pasti peminta sedekah akan tarik muka masam, malah siap dengan seranah lagi.

Kalau pemberi sedekah bertindak balas dengan kata-kata kesat juga, maka hilanglah pahala bersedekah. Anggap saja muka masam dan seranah penerima sedekah kita itu sebagai suatu bentuk ujian. Malah ia akan mendatangkan bonus pahala kepada kita kalau kita mampu bersabar.

Penerima sedekah yang mencerca pemberi sedekah atau tidak berpuas hati dengan jumlah sedekah yang diberikan akan menerima seksa yang pedih.

Ini dijelaskan oleh Allah dalam firmannya yang bermaksud: Orang munafik, yakni mereka yang mencela orang-orang mukmin yang memberikan sedekah dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang yang tidak memperoleh (sesuatu untuk disedekahkan) selain hasil jerih payah mereka. maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka dengan seksaan yang pedih. (at-Taubah: 79)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah bersabda: Hai, wanita muslimat! Janganlah kamu meremehkan pemberian tetanggamu, walaupun hanya berupa kuku kambing. (Hadis nombor 988 daripada Kitab Terjemahan Hadis Muslim Jilid I, II,III & IV)

Di samping itu, pemberi sedekah pula dilarang menghitung-hitung sedekah yang diberi dan bakal diberi. Larangan itu terbukti melalui hadis baginda yang bermaksud: Dari Asmai binti Abu Bakar r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda: Bersedekahlah kamu dan jangan menghitung-hitung kerana Allah akan menghitung-hitung pula pemberian-Nya kepadamu, dan jangan kikir kerana Allah akan kikir pula kepadamu. (Hadis nombor 987 daripada Kitab Terjemahan Hadis Muslim Jilid I, II,III & IV)

Bersedekah walau dengan sebiji kurma




SEMUA orang tahu sedekah itu besar pahalanya, malah sedekah boleh menjadi pendinding kita daripada api neraka. Walaupun bersedekah boleh dibuat pada bila-bila masa namun sepanjang bulan Ramadan, kecenderungan dan keghairahan bersedekah lebih tinggi.

Rasulullah SAW menggalakkan umat baginda bersedekah walaupun hanya dalam bentuk cuma sebelah buah kurma. Ini terbukti melalui hadis baginda yang bermaksud: Dari ‘Adi bin Hatim r.a. kata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Siapa yang sanggup mendinding dirinya dari api neraka. Walaupun dengan (bersedekah) sebelah buah kurma, maka hendaklah dia lakukan (segera). (Hadis nombor 972 daripada Kitab Terjemahan Hadis Muslim Jilid I, II,III & IV)

Satu lagi hadis baginda bermaksud: Dari ‘Adi bin Hatim r.a. kata: Bahawa Rasulullah SAW pernah bercerita mengenai mereka, lalu baginda berlindung kepada Allah daripadanya, dan memalingkan mukanya tidak kali. Kemudian baginda bersabda, Peliharalah dirimu daripada api neraka, walaupun dengan (bersedekah) sebelah buah kurma. Jika kamu tidak sanggup, maka dengan tutur kata yang baik. (Hadis nombor 973 dari Kitab Terjemahan Hadis Muslim Jilid I, II,III & IV)


Ini bermakna amalan bersedekah itu amat dituntut termasuk di kalangan mereka yang miskin. Penerima sedekah barangkali boleh memberi sebahagian daripada sedekah yang diterimanya kepada orang lain yang lebih memerlukan sedekah.

Dengan hanya sebelah buah kurma pun digalakkan bersedekah atau paling tidak pun bersedekah dalam bentuk menggunakan tutur kata yang baik, maknanya dalam konteks kita di Malaysia, tidak ada sebab untuk kita tidak bersedekah walaupun barangkali kita adalah merupakan orang sering diberi dan menerima sedekah.
Orang Malaysia tidak akan membeli hanya sebiji buah kurma untuk berbuka puasa, sebaliknya akan membeli sekotak dan akan dipilih daripada jenis yang baik, malah akan dipilih pula kurma yang diimport.

Tok fakir pun pilih kurma yang ada tangkai atau kurma segar untuk berbuka puasa. Namun, masih ramai umat Islam di negara kita yang memilih untuk menjadi penerima daripada memilih menjadi pemberi sedekah.
Ada yang sanggup sewa kereta berpemandu sehari suntuk untuk membawa satu keluarga meminta sedekah bermula pada minggu ketiga Ramadan dan jumlahnya akan bertambah bila 1 Syawal semakin dekat.
Daripada setiap tangan yang menghulur diharap paling kurang pun RM10. Kalau sekadar hulur RM5 atau RM1, apatah kalau 50 sen atau jumlahnya lebih kecil, pasti peminta sedekah akan tarik muka masam, malah siap dengan seranah lagi.

Kalau pemberi sedekah bertindak balas dengan kata-kata kesat juga, maka hilanglah pahala bersedekah. Anggap saja muka masam dan seranah penerima sedekah kita itu sebagai suatu bentuk ujian. Malah ia akan mendatangkan bonus pahala kepada kita kalau kita mampu bersabar.

Penerima sedekah yang mencerca pemberi sedekah atau tidak berpuas hati dengan jumlah sedekah yang diberikan akan menerima seksa yang pedih.

Ini dijelaskan oleh Allah dalam firmannya yang bermaksud: Orang munafik, yakni mereka yang mencela orang-orang mukmin yang memberikan sedekah dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang yang tidak memperoleh (sesuatu untuk disedekahkan) selain hasil jerih payah mereka. maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka dengan seksaan yang pedih. (at-Taubah: 79)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah bersabda: Hai, wanita muslimat! Janganlah kamu meremehkan pemberian tetanggamu, walaupun hanya berupa kuku kambing. (Hadis nombor 988 daripada Kitab Terjemahan Hadis Muslim Jilid I, II,III & IV)

Di samping itu, pemberi sedekah pula dilarang menghitung-hitung sedekah yang diberi dan bakal diberi. Larangan itu terbukti melalui hadis baginda yang bermaksud: Dari Asmai binti Abu Bakar r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda: Bersedekahlah kamu dan jangan menghitung-hitung kerana Allah akan menghitung-hitung pula pemberian-Nya kepadamu, dan jangan kikir kerana Allah akan kikir pula kepadamu. (Hadis nombor 987 daripada Kitab Terjemahan Hadis Muslim Jilid I, II,III & IV)

Siapa layak dapat kelebihan Lailatul Qadar?




UMAT Islam kini berada pada fasa ketiga Ramadan di mana kemuncak keistimewaan 10 hari terakhir Ramadan ini ialah kemunculan malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam al-Qadr dinanti-nantikan oleh setiap Muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) telah datang kepada kamu, dalamnya ada malam yang amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah”. (riwayat Ibnu Majah).

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Sesiapa yang beribadah pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, mudah-mudahan akan diampuni dosanya yang lalu. (riwayat Muslim).



Para ulama bersepakat bahawa malam al-Qadr berlaku di bulan Ramadan. Begitu juga mereka bersepakat malam itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan. Mereka hanya berselisih pendapat tentang malam yang ke berapa.

Pendapat yang masyhur menyatakan bahawa malam al-Qadr berlaku pada malam ke-27 Ramadan. Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya: “Barang siapa yang ingin mendapatkan al-Qadr, dia hendaklah mencari pada malam ke-27 (riwayat Ahmad).”

Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam mulia itu berlaku pada malam ganjil 10 hari terakhir. Apa pun harinya, yang penting pada malam itu, Allah menurunkan rahmat, limpahan kurnia dan keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang melaksanakan ibadat dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah.

Kelebihan malam al-Qadr tidak akan dianugerahkan kepada sebarangan orang dan juga tidak pula diberi kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam-malam tertentu sahaja.
Fadilat malam itu akan menyinari mereka yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam beribadat. Hadirnya malam penuh berkat itu sangat dinantikan dan disambut dengan penuh keimanannya.

Kata al-Imam al-Qurtubiy, Rasulullah SAW diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka baginda merasa bahawa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti mana yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya lebih panjang.

Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah SAW. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadr yang mempunyai nilai 1,000 bulan kepada Rasulullah SAW dan umatnya.

Justeru itu, malam al-Qadr dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama 1,000 bulan atau 83 tahun tiga bulan.
Kerana keutamaan ini, Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadr. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan.

Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, witir, terawih, bertadarus al-Quran, berzikir dan seumpamanya.

Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering baginda baca adalah doa maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.”

Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah.
Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.

Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang dosa yang lalu. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah.
Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: “Setiap anak Adam tidak akan terlepas dari melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu adalah yang bertaubat kepada Allah (riwayat al-Tirmidzi dan Ibnu Majah).”
 
Justeru, wajar bagi setiap Muslim bermuhasabah terhadap segala amalan dan seterusnya bertaubat kepada Allah biarpun sekecil mana kesalahan itu.

Perlu diinsafi bahawa taubat tidak sepatutnya ditunda atau ditangguhkan kepada waktu yang lain kerana ajal maut akan datang

menjemput manusia pada bila-bila masa. Maka peluang keemasan yang disediakan Allah sepanjang Ramadan wajar direbut agar tidak menyesal kemudian hari



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...